1) JIKA anda telah membaca apa yg saya tuliskan semalam dalam
Artikel bertajuk : KE MANA ARAH POLITIK PAKATAN HARAPAN? mungkin anda akan
perasan apa yg saya sentuh secara ringkas pada Perkara 4) dalam artikel itu.
Lihat Screenshot atau Link : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1045825349255182&id=100014831801916
2) "Serangan-serangan pihak luar" terhadap DSAI ada
kaitan dgn hal ini kerana mereka telah terhidu peluang DSAI. Hari ini kita dah
terima "khabar angin" ini disiarkan oleh "News Portal"
meskipun saya menjangkakan hari Isnin akan datang, berita ini akan pecah.
3) DSAI sebenarnya mempunyai sokongan jauh lebih byk dari yg
"simple majority" yg disebutkan itu. Apapun....TOLONG jangan
"OVER EXCITED" mahu pun "Pancut Awal". Saya bimbang jika
usaha ini gagal maka DSAI akan dikutuk, dihentam dan dimaki hamun oleh penyokong
PH sendiri.
4) Oleh itu kita MESTI kekal FOKUS ke PRU15 jika harapan ini
tidak berjaya direalisasikan. Jangan sesekali kecewa kerana kita hanya kembali
ke "Status Quo". PH sememangnya Pembangkang yg berwibawa. Oleh itu
doakan yg baik-baik utk DSAI dan PH.
5) Cuma saya nak ingatkan JIKA DITAKDIRKAN ini berjaya, TSMY dan
KERAMITA PN tumbang lalu DSAI berjaya ambil alih, maka ini adalah KEJAYAAN AWAL
Politik Konsolidasi. Meskipun ia adalah sementara, parti-parti kecil harus
fikir semula kedudukan mereka di PRU15 ANDAIKATA UMNO BN enggan leraikan
"ikatan" ini. Who knows JIKA UMNO BN tetiba selesa bekerjasama dgn
PKR dan DAP sambil mahu menerima perubahan demi perubahan sehingga tahun 2023?
Bukankah hidayah itu milik Allah?
6) Itu hanya sekadar pandangan dan hipotesis akan KEBERANGKALIAN
yg boleh berlaku di masa hadapan. Namun... AWAS bagi mereka yg kerap menyerang
dan terlalu "Hostile" dgn DSAI serta PKR. Anda akan ketinggalan dalam
arus Landskap Politik yg baru.
Wallahualam.
- Zus Din
12 Disember 2020
**************************************
ANWAR DIKHABARKAN AKAN MENGHADAP AGONG, KEMUKA BUKTI 113
SOKONGAN
NURUL HUDA HUSAIN | | 12 Disember 2020
SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri
Anwar Ibrahim dikhabarkan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan
Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi untuk mengemukakan
bukti bahawa beliau kini mempunyai jumlah sokongan yang mencukupi dari kalangan
ahli Dewan Rakyat.
Menurut laporan Astro Awani, Ahli Parlimen Port Dickson itu
dikatakan sudah mempunyai 113 sokongan dalam bentuk akuan bersumpah (SD).
Perkembangan terbaharu itu juga menyaksikan Anwar yang juga
Ketua Pembangkang sekali lagi mempunyai peluang untuk menjatuhkan kerajaan
Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sumber dalaman PKR turut memberitahu, dengan adanya jumlah
sokongan itu, Anwar dikatakan dalam proses memohon perkenan menghadap Al-Sultan
Abdullah di Istana Negara.
"Bagaimanapun ia tertakluk kepada jadual Tuanku Baginda,”
kata sumber itu.
Sementara itu, seorang pegawai menteri memberitahu, usaha
terbaharu Anwar itu bukan sekadar khabar angin.
“Dengarnya usul itu akan cuba digerakkan sebelum Dewan Rakyat
tamat pada Khamis depan (17 Disember 2020).
“Berkemungkinan Anwar akan umum perkara ini esok atau lusa.
Tetapi kami dengar ia akan berlaku sewaktu '3rd reading Budget' (Bacaan Kali
Ketiga Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021), hari Selasa. Heard
this time with SDs (kali ini dengan SD),” katanya ketika dihubungi Astro Awani.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/.../Anwar-dikhabarkan-akan...
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf