IPTA 'Green Zone'
Sudah kah Menteri Pendidikan Tinggi buat persiapan?
BUAT APA SAJA PM TAK BERANI TEGUR
Sebab apa kerajaan PN ini mesti dijatuhkan atau PRU15 mesti
dilakukan? Bukan sahaja kabinet obesiti yg terpaksa Muhyiddin gunakan billion
wang rakyat hanya utk kedudukannya sebagai PM tetapi Menteri Kabinet juga
seperti tidak berfungsi.
Muhyiddin sgt gerun utk menegur Menteri dan T. Menteri. Beliau
tahu hanya dgn satu teguran sepertimana rutin dilakukan PM2 sebelum ini... akan
membuatnua gugur sebagai PM kerana majoritinya hanya 3 sahaja. Apatah lagi
mereka yg menjadi Menteri ini boleh dianggap sebagai gula2 politik bukan atas
perjuangan parti.
Sudahkah Menteri Pendidikan Tinggi bermesyuarat langkah2 kemasukkan pelajar IPT Sem baru hujung Februari 2021. Kes di Selangor, KL, Johor semakin bertambah. Takkan nak tutup lagi satu Sem. Student new intake dah dkt 3 bulan tak kenal pensyarah. Study group tiada, praktikal tiada, nak bertanya soalan sukar dan bermacam mcm masalah lagi.
Sewajar sekarangg ini Kementerian Pengajian Tinggi telah membuat
kajian khas bagaimana utk membawa masuk pelajar-pelajar IPT ke Universiti. Sedangkan pelajar sekolah
dijangka akan memasuki kelas 20 Januari ini. Pelajar-pelajar IPT sehingga kini
mereka tidak mengetahui nasib mereka samada SEM baru penghujung Februari mereka
akn memasuki kampus atau kekal di Universiti Online.
Saya ingin memberi cadangan kpd KPTM...
1)
Sewajarnya kata putus kemasukkan pelajar ditetapkan sebaiknya
SEM baru hujung Februari ini. Ia kerana beberapa faktor... pertama ada jurusan
yg memerlukan praktikal, group study, kemudahan Internet, Library dan pelbagai
lagi. Membiarkan pelajar2 tertanya tanya adalah sikap tidak bertanggungjawab
seorang Menteri.
2) Kerjasama dgn KKM utk lakukan sanitasi di kolej kediaman dan kampus pengajian sebelum kemasukkan pelajar2 ke kampus.
3) Setiap minggu pensyarah dan kakitangan Universiti perlu ujian saringan sepertimana kakitangan hospital. Ia kerana mereka keluar masuk kampus.
4) Setiap pelajar mestilah mempunyai rekod negatif 3 hari sebelum memasuki kampus. Selepas memasuki IPTA...pelajar2 tidak dibenarkan keluarkan IPTA utk tempoh satu SEM atau mengikut perkembangan terkini Covid19. Jika keadaan semakin baik boleh lah dibenarkan mereka keluar dari IPTA dgn masa terhad.
5)Langkah-langkah awal ini
perlu kerana KPTM sudah dua kali membuat keputusan mengejut dan menyusahkan
pelajar dan keluarga mereka. Kini KPTM hanya da tempoh lebih kurang 50 hari utk
ibu bapa membuat persiapan anak-anak mereka kembali ke Universiti.
Langkah2 ini telah diambil oleh beberapa negara luar kpd
pelajar2 IPT mereka. Harap Menteri Tik Tok bekerjalah demi anak bangsa... jgn
ambil jalan mudah menyuruh anak2 duduk di rumah.