SALAHUDDIN AYOB KEKAL PERTAHANKAN MAHATHIR DAN SOKONG GRAND COALITION


Malam tadi aku sempat la tonton temubual bersama YB Salahuddin Ayob - Idea Grand Coalition di MABA Channel. Beliau seperti Khalid Samad juga, tetap pertahankan Grand Coalition agar PH bersama kembali dengan Mahathir dan Shafie Apdal.

Paling menarik apabila beliau berhujah bahawa rakyat akan gembira jika adanya Grand Coalition ini kerana gabungan Pembangkang bertambah besar dan kuat.

Aku rasa Salahuddin ini jarang ikuti media sosial atau FB kot. Betul ke rakyat gembira jika kutip Mahathir dan Shafie? Kalau ada yang suka sangat pun, di kalangan kamu beberapa kerat itu saja. Rakyat bukanlah bodoh sangat sampai tidak kenal perangai Mahathir dengan Shafie. Cukup2lah mahu membela Mahathir yang telah bertanggungjawab membuka ruang kejatuhan kerajaan PH. Apakah kamu gembira orang seperti ini berada di dalam PH untuk menghancurkan PH dari dalam pula?

Rakyat tidak lupa, nawaitu Mahathir untuk meletakkan jawatan pada bulan Feb yang lalu adalah kerana beliau mahu menjadi PM kerajaan perpaduan, sekaligus membunuh PH. Niat jahatnya itu tidak tercapai kerana beliau turut dikhianati oleh Muhyiddin yang mengambil kesempatan di atas ketamakan Mahathir.

Sampai bila kamu mahu diperkudakan oleh Mahathir? Cukup2lah bercakap sesuatu yang tidak pernah dibawa masuk ke dalam mesyuarat Majlis Presiden PH. PH boleh hidup tanpa Mahathir. Full Stop.

WFAUZDIN NS