PUSINGAN MASIH PANJANG - ANWAR JANGAN MENGALAH


Menanti pintu langit di kayangan terbuka.  Bukan harapan, tapi itu satu kewajipan.  Berusaha utk selamatkan negara dari terus dikuasai sang pengkhianat akan dapat pahala besar di sisi Allah samada usaha itu berjaya atau tidak.  Hendaklah ada di kalangan kamu puak yang menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.  

Persetankan suara-suara yang dibisikkan oleh Sang Saka tua perosak negara melalui ejen2nya agar Anwar menghentikan tekanan ke atas rejim pintu belakang.  Menghentikan tekanan bermaksud memberikan kekuatan kepada musuh.  

Anwar, teruskan perlawanan ini.  Lakukan amanah kamu sebagai pemimpin kami.  Dapatkan hak kami yang telah dirompak itu.  Kami di bawah sentiasa menyokong dan mendoakan usaha gigih kamu. Usah dihirau kepada suara2 orang yang telah berputus asa.

Lakukan usaha kamu dengan sedaya upaya kerana "Islah" itu tidak mudah.  Kawan dan lawan akan menunggu untuk melihat kegagalan kamu untuk mereka persendakan.

Biarlah kamu dikatakan pengejar bayang2 asalkan kamu tidak menjadi pengejar buntut Sang Saka tua untuk diciumi.  Rakyat telah melihat kamu telah memulakan usaha untuk mengembalikan mandat yang telah dirompak itu meskipun bukan tindakan kamu yang mengizinkan mala petaka iti terjadi.  Ini semua kerana kesialan Sang Saka tua yang tidak sedar diri, munafik dan pengkhianat yang tidak pernah jemu mendendami kamu.  

Teruskan, wahai pejuang.  Kamu lakukan tugas kamu, kami teruskan tugas dan kerja kami di akar umbi untuk perkuatkan parti bagi menghadapi PRU15.  Biarlah usaha ini seiringan agar kerajaan pintu belakang ini tidak akan aman akibat dari dosa2 besar mereka yang mengkhianati mandat rakyat.  

Jangan menanti bulan jatuh ke riba, menanti laba sekiranya berjaya.  Tawakkal Alallah.  


LAWAN TETAP LAWAN.


WFAUZDIN NS