PKR DAH BUKTIKAN MEREKA TIDAK TERIKUT-IKUT DENGAN RATIBAN "GRAND COALITION" OLEH #K3 - KELOMPOK KEMARUK KUASA.



1) SAYA dah kata dah, DSAI dan PKR dah tentu taknak ikut cadangan "Grand Coalition" (GC) ni. Parti itu tidak akan termakan dengan desakan nak buat "Grand Coalition". Utk apa? Sdgkan PH dah wujud. Ia satu gabungan besar. DSAI dan PKR pasti tidak akan ikut GC ni. Tu pasal kami dok cabar puak yg asyik dok melaung GC silalah UMUM SKRG "Grand Coalition" tu. Kenapa NATO??

2) Nak buat GC tanpa PKR tak berani ke? Sbb kesannya tersgt besar? Percaya tak Amanah akan melingkup, DAP pun belum tentu dapat kekalkan 100% seat skrg? Kalau DAP nak uji kesetiaan pengundi Cina...sila kerjasama dgn PT95 dan tinggalkan

DSAI. Cuba lah. Kita tengok siapa yg kena?

3) Kelebihan DSAI dan PKR ialah mereka TIDAK GENTAR utk terus jadi PEMBANGKANG jika sudah tiada pilihan lain andai PH gagal diselamatkan. Itu lebih mulia drpd menggadai prinsip dan Agenda REFORM demi mengejar kuasa, pangkat dan ghanimah. DSAI dan PKR BUKAN Kelompok Kemaruk Kuasa meskipun DSAI sering dituduh gila nak jadi PM.

4) Puak #K3 - KELOMPOK KEMARUK KUASA tu sedar atau tidak PH yg didaftarkan secara sah selepas PH jadi Kerajaan adalah sebuah Organisasi yg tersusun dgn Struktur Organisasinya. Oleh itu "Grand Coalition" ini apa? JIKA nak daftar pun puak tu ingat KERAMITA PN nak bagi? Mejah Z nak benarkan ke? Lupa ke yg sebelum PRU14 PH pun dinafikan pendaftaran oleh Najib dan Zahid UMNO BN, menyebabkan semua parti pembangkang terpaksa bertanding di bawah logo Keadilan di PRU14?

5) PKR pun tahu ini adalah tekanan terhadap DSAI dan PKR sekaligus bertujuan bagi "hijack" kedudukan DSAI dan mengambil alih PH. Ini bukan perkara baru. Dulu pun ada usaha utk merampas kedudukan Ketua Pembangkang sebelum DSAI disahkan sbgai Ketua Pembangkang.

6) Dan...telah byk kali saya sebut, muafakat 3 parti iaitu PKR, DAP dan Amanah dalam PH perlu diperkuatkan sebelum kita mampu punyai "bargaining power" dan mampu berbincang dgn SETAN sekalipun utk "ELECTORAL PACK". Tidak perlu GC pun yg tetiba nak mengubah hieraki PH. "Electoral Pack" adalah kerjasama yg mencukupi utk kita harung PRU15. JIKA dulu Warisan pun tak teringin nak join PH kenapa pula tetiba beriya2 nakkan GC?

7) Seperti yg saya sebut di atas, ini hanya taktik utk "hijack" PH dan singkirkan DSAI. Ia tidak akan dibenarkan berlaku. Kak Wan dari PKR adalah Presiden sewaktu PH didaftarkan. Ada mereka fikir tak kesannya kpd PH itu sendiri jika DSAI disingkirkan atau rampasan kuasa dibuat?

8) Saya yakin, PKR tidak akan mengizinkan "Org Luar" masuk ke dalam PH yg kemudiannya menuntut hak sama rata sebagai parti komponen lalu mencetuskan krisis kepimpinan. Itu semua PUNCA...cari masalah. Tak belajar kah dari apa yg dibuat oleh Bersatu dulu? Ini adalah species yg sama cuba dibawa masuk oleh #K3 Amanah dan DAP ke dalam PH Plus utk "Grand Coalition" KUNUNnya, tapi guna bagi menenggelamkan PH yg asal itu sendiri.

Wallahualam.

- Zus Din

19 Disember 2020

************************

PKR SELESA SEKADAR KERJASAMA POLITIK

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan Pakatan Harapan (PH) tidak perlu gabungan besar yang baharu sebaliknya cukup sekadar persefahaman politik.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, parti itu selesa hanya sekadar adanya pemahaman politik.

“Supaya tidak perlu ada isu kepimpinan dan sebagainya. Cukuplah sekadar persefahaman politik,” katanya menerusi satu wawancara bersama Sinar Harian di ibu negara pada Jumaat.

Pada Khamis, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata PH tidak perlu membazirkan tenaga mengejar bayang-bayang, sebaliknya memerlukan satu anjakan politik baharu untuk membangunkan pakatan pembangkang yang lebih bersatu.

Menurut mereka, PH perlu mengetepikan bebanan lampau bagi membentuk PH Plus sebagai pakatan yang mantap.

Mengulas lanjut, Saifuddin bagaimanapun berkata, Guan Eng dan Mat Sabu perlu menjelaskan cadangan itu dengan lebih lanjut berhubung bentuk gabungan yang dimaksudkan.

"Apakah ia satu gabungan berdaftar dengan struktur yang jelas atau sekadar persefahaman politik?," katanya.