PH TIDAK PERLU BAWA MAHATHIR ATAU PARTINYA KEMBALI KE DALAM PH



Saya tertarik dengan kenyataan Salahuddin Ayob tentang persetujuannya agar PH punyai gabungan lebih besar bersama Pejuang, Warisan, Muda dan Upko bagi menghadapi PRU15 akan datang.


Bagi diri saya, bila sebut nama Pejuang di situ saya terbayangkan Mahathir, pengkhianat yang beri laluan mudah kepada pengkhianat lain untuk merampas kerajaan PH Februari yang lalu.  Semua tahu, dari mulut Mahathir sendiri dia kata bahawa dia tidak boleh bekerjasama dengan Anwar Ibrahim.  Terpandang pula nama Warisan di situ, teringat kata-kata Shafie Apdal baru-baru ini bahawa Pengerusi PH dan Ketua Pembangkang harus ditukar baru.  Maksudnya, dia cadangkan Anwar Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PH atau Ketua Pembangkang atau disingkirkan.  


Meskipun Warisan bukan dari komponen PH, tetapi Shafie Apdal tidak malu untuk menyatakan sedemikian kerana itulah kemahuan saka tua itu.  Beliau tidak tahu menghormati PH langsung.  Tidakkah beliau terfikir jika PH pula menyatakan bahawa Warisan perlu tukar Presidennya Shafie Apdal akibat gagal mempertahankan kuasa Warisan di PRN Sabah baru-baru ini?   Bagaimana perasaan Shafie Apdal?  


Saya pelik mengapa semua di atas ini langsung tidak terfikir oleh Salahuddin Ayob sehingga dengan mudah untuk mencadangkan sesuatu yang tidak masuk akal?  Belum bersama PH lagi, mereka telah tunjuk belang mereka terhadap Anwar Ibrahim, apakah PH nanti boleh aman tenteram apabila musibat-musibat ini berada di dalam PH? 


Cadangan saya, jika di dalam mesyuarat Majlis Presiden PH nanti jika dibincangkan isu untuk membawa PH bersama gabungan tersebut, Keadilan harus terima hakikat bahawa rakan-rakan kita mahu juga kepada orang-orang seperti itu.  Keadilan harus berikan mereka peluang, dan Keadilan perlu keluar dari PH dan kita boleh teruskan perjuangan tanpa bersama atok.  Buktikan kita tetap kuat dan bermaruah walaupun tanpa atok.  


Biar kita berunding dengan musuh dari kita bersama atok pengkhianat.  Pengkhianat lebih bahaya dari musuh.  Dalam peperangan walaupun di zaman Nabi, banyak sejarah perundingan atau gencatan senjata dengan musuh dilakukan atas sebab-sebab tertentu.  Tapi bukan dengan pengkhianat.  


WFAUZDIN NS