PERKUATKAN PH , YANG LAIN AKAN DATANG MENYUSUL

 



MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF

Perkuatkan PH; Yang Lain akan menyusul.

Saya amat bersetuju dengan ungkapan Anwar yang kata masa PH jadi kerajaan kita hanya bersungguh lawan rasuah pada mereka yang ada vendetta; yang mesra dengan kita, semua boleh tutup tepi.

Contoh tengok kes kartel daging, Dr Mujahid sendiri dan buat laporan SPRM tapi apa yang KP SPRM buat masa itu? Kes heli hilang pun sama juga, Abg Mat dah buat laporan SPRM pada 2019 tapi tiba-tiba bila PH jatuh terus selesai kes tersebut.

Yang jadi suci ini begantung pada siapa yang jadi Perdana Menteri. Tengok jawatan senator, macam mana masih ada kekosongan lagi untuk lebai engineer di lantik jadi senator dewan negara; maknanya betul apa yang Dato Husam kata, ada orang sengaja simpan jawatan 16 senator itu untuk persediaan dia berkhianat.

Macam Sham Ghaz ulas, Amanah kena segera bahagikan 50 kerusi peninggalan Bersatu dari sekarang, nanti bila dah parlimen bubar, tak ada lagi kes berebut kerusi.

Kenapa perkuatkan PH berbeza dengan koliasi grandeur?

Dia macam keluarga kita juga, kalau kuat dan kukuh pasti ramai akan tertarik. Tapi kalau keluarga kita huru-hara akibat di hasut oleh orang luar, macam mana nak yakinkan rakyat yang kita boleh jadi kerajaan yang kukuh? Kita pedulikan anasir luar dari PH, bahagikan kerusi sesama PH dulu. Bila dah selesai, baru kita cerita pasal kerusi ihsan pada sesiapa yang hendak bersama dengan kita.

Mereka jadi naik lemak sebab ada yang sengaja bagi muka pada puak-puak depa ini. Kalau tak ada melayan baru depa tahu langit tinggi rendah. Baca sentimen rakyat la dekat posting sosial media kalau berkait dengan depa, semuanya orang suruh dia berehat, take him as a joke sebab waktu di beri kuasa dulu dia tak berlaku adil; dakwa yang ada personal vendetta. Lepas tu letak jawatan sebab merajuk konon-kononya tapi boleh pula calon jadi PM buat kali ke 3; hanya sebab nak berlepas diri dari Manifesto PH ( itu yang Peja Degree palsu copy paste).

Bezanya, kalau mereka yang request nak join dengan PH, kita boleh set our own term. cakap dengan mereka beggars can't be chooser.

Kuatkan PH dengan sebulat suara calonkan Perdana Menteri dari Parti Komponen PH; orang luar PH yang tak setuju, they can go fly kite. Depa nak calonkan orang sama jadi PM kali ke 3 untuk dia letak jawatan sekali lagi pun , it's up to them, not PH problem.

Ingat yang menangkan PH bukan penyokong parti Amanah, PKR atau DAP tapi rakyat dan pengundi atas pagar yang nak lihat reform berlaku. Tak percaya tengok apa jadi pada PSM PRU14, walaupun parti mereka rajin dan bagus, tapi idealogi mereka tak dapat di terima oleh rakyat kebanyakan pada PRU14 sampai mereka tersungkur di semua kerusi.

Kalau PH bertanding at least 160 kerusi parlimen di semenanjung, dan ada 3 penjuru antara PN+PAS dan BN, PH masih ada peluang besar untuk menang janji undi bukan Melayu PH masih solid.

Sentimen pengundi bukan Melayu sudah pasti bukan untuk mereka yang berkhianat bila di beri kuasa. Kalau PH bersama dengan mereka, pasti PH juga akan terpalit dengan sentimen manifesto bukan kitab suci, letak jawatan hanya sebab dendam peribadi sampai menyusahkan rakyat Malaysia.

Dengan sentimen rakyat terhadap kerajaan melayu Isle yang tidak baik, masalah ekonomi, golongan muda yang tak ada pekerjaan tetap, PH masih ada peluang untuk menang melalui pilihanraya. Tapi jangan pula duk cari pasal dengan penulis politik yang tegur kesilapan PH, banyak yang tegur itu sebab dia mahu PH berjaya jadi kerajaan bukanya sokong bawa rebah macam zaman PH berkuasa dahulu.

Apa-apapun saya masih lagi optimistik yang PH mempunyai peluang yang cerah untuk menang PRU15, sebab rata-rata golongan atas pagar sudah nampak PM yang pandai baca doa, kerajaan melayu Isle ini hanya utophia dan fantasi SSST sahaja.

Sebab itu tak ada satu negara luarpun yang terpegun hendak melabur di Malaysia bila indeks rasuah makin membarah dan dapat PM yang sendiri takut nak jawap sidang media.