Pemuda PAS toksah Berlakon lah pertahan Ladang sawit kononnya milik Ummat Islam.. di Kelantan..Di Negeri Serambi Mekah, Hak dan Kawasan Perlombongan emas hangpa gadai pada Syarikat Singapore dan China.. Ini bukan Cina warga tempatan.. Ini cina Singapore dan tanah besar Komunis China.
Kerajaan Kelantan bukan saja jual aset PMBK Sawit sebab nak tutup hutang, Syarikat Perlombongan Emas KelGold Mining dijual 100% kepentingan dengan nilai hanya RM 2.5 juta..bukan Rm 250 juta.. Marzuki kena tahu ini baru dinama melelong Aset.. hari ini harga komoditi emas berada paras paling tinggi.
Kelgold Mining Sdn Bhd bukan satu satu nya syarikat yang dijual pada Syarikat China dan Singapore.. tetapi katanya syarikat ke 3... Sebelum in CNMC membeli kepentingan Majoriti Share dalam Pulai Mining Sdn Bhd.
Sudah lah dapat lesen dan kebenaran kawasan melombong berpuluh kilometer.. Seluas mata memandang.. kawasannya berpagar..malah Kilang CNMC dengan bangganya kibarkan bendera Singapore dan bendera Komunis China.
Marzuki taknak ker dedah nama ahli lembaga Pengarah dan Pemegang saham CNMC goldmine?
Sudah sudah lah Berlakon Lebai.. Penjualan kawasan perlombongan emas tu berita theedgemarket... Berita jual Syarikat Perladangan tu kenyataan rasmi Bursa Saham Malaysia ..depa dah umumkan dah, Bukan 2 Syarikat Perladangan ada 5 lagi dinamakan akan dijual Kerajaan Bani Melayu Islam... Nak menipu apa lagi..Cepat atau Lambat orang tahu lah.
Kalau nak cerita sejarah gadai Sawit milik YIK(Yayasan Islam Kelantan).. Tanah Durian musang King pada China..Toksah Sembang lah nak pertahan Aset Melayu Islam.
Ipohmali