Nak jadi pejuang dan juga sebagai pemimpin, kena berani dan
punyai kekuatan politik. Tapi bagaimana nak punyai kekuatan politik kalau kita
ada fail dan kes? Bila ada fail, maka mudahlah telor kita dipicit. Depan
penyokong kita, kita tunjuk hebat dan hero. Bila berdepan dgn sang penguasa,
kita menyembah lututnya.
Mengapa Anwar berani berdepan dgn ramai Sang Penguasa sebelum
ini? Sebab dia tiada kes dan fail yang boleh dijadikan bahan ugutan
terhadapnya. Kalau cuba diciptakan kes untuk menakutkan beliau, Anwar tidak
pernah takut sebab dia tahu dia tidak melakukan kesalahan. Sebab itu dia punyai
kekuatan politik untuk bertindak melawan.
Kenapa Najib dan Zahid tidak begitu? Kita boleh fikirkan
jawapannya. Berani kerana benar, bukan buat2 berani. Simpati dgn penyokong Umno
yang sangka pemimpin mereka berani, sebaliknya dijentik begitu saja oleh
Muhyiddin.
Syabas kepada PH dan MP yang berani membuktikan Muhyiddin hanya
ada lebih 3 orang untuk jadi PM. Patut pun yang ada masalah Covid pun terpaksa
jadi robot naik ambulan datang ke Parlimen. Patut pun Speaker takut nak
benarkan usul percaya atau usul tidak percaya terhadap Muhyiddin diberikan
keutamaan. Bukti jelas depan mata.
Muhyiddin terus tidak dapat nyenyak tidur...
W. FAUDZIN