MUFTI UTARA GAMBARAN ULAMA ASHABIYAH YANG JAHAT DAN JAHIL.. SEJAK BILA MAT SABU SUJUD ATAS BATU KARBALA.. ?


Nampaknya begitu kesumatnya kebencian didada Mufti Utara satu gambaran Ulama jahat sebagaimana kisah Haji Hadi mentakfirkan sesama Muslim dulu.. Soal dia nak pertahankan Kerajaan yang dikata mendapat Rahmat Tuhan..Pertahankanlah.. Mengapa perlu Fitnah Mat Sabu..

Apa kaitan dengan cerita kunjungan rasmi Mat Sabu dan kes anak dia dengan kes Murtad.. ? Sejak bila Mat Sabu solat atas batu karbala ? Soal Batu Turbah itu menjadi kebiasaan di Masjid Masjid terutama Masjid besar di Iran diletakkan dihadapan sejadah.. siapapun yang datang Solat.. akan ada batu Turbah itu disisi sejadah..

Hatta Ketika kedatangan Perdana Menteri palestine dari Hamas Ismail Haniyeh, Dia Solat ditempat yang sama.. Batu itu tetap ada ditempat yang sama.. Hatta Kalau Mufti Utara bertandang kesana, Batu itu kekal disitu dan kekal berada disisi sejadah.. begitulah suasana di Iran..lainlah gambar itu diambil dari Masjid Kangar yang mana Masjidnya dilarang berqunut..

Mat Sabu hadir ke Iran atas jemputan dan lawatan rasmi sebagai Menteri Pertahanan, Bukan hadir atas kapasiti parti atau menghadiri ritual Keagamaan... sama ketika kehadiran pemimpin Negara kita seperti Najib ke Turki yang mengalungkan upacara hormat di Tugu Kamal Eltartuk dan Pemimpin Hamas yang mengalungkan tanda hormat kepada tugu Ayatullah Khomeini..

Apakah begitu jahil Mufti Utara untuk membezakan Ahlul Qiblah seperti Syiah dan Sikh.. Dalam perkahwinan itu, dari visual itu jelas ianya adalah ritual Agama Sikh.. tidak dapat disangkal lagi..Soal Murtad atau tidak.. Itu urusan Pihak Berkuasa menegakkan Hujjah.. bukan urusan kita..

2- SYIAH BERBEZA DENGAN SIKH WAHAI MUFTI..

Sebagaimana aliran Wahhabi yang dilarang dan difatwa haram dan sesat oleh Fatwa kebangsaan...Begitu juga Syiah.. wujud kelompok Ekstremis dari kedua aliran ini. kerana pada mereka wujud pandangan yang menyesatkan...

Tetapi menyamakan Syiah dan Sikh, Sebenarnya hujjah Mufti Utara itu yang tersesat.. Kalau itu Hujjah Mufti Utara.. sudah pasti penganut Sikh juga akan dibenarkan pergi mengerjakan Haji..

Pandangan Dar al-Ifta' al-Misriyyah mengenai golongan Syiah, Begitu juga Sheikh Al Azhar Sheikh Ahmed Tayyeb dan Sheikh Said Ramadhan Al Bhuti..Syiah Imamiyyah mereka merumuskan..

أن الشيعة الإمامية إخواننا في الدين وهم من جملة المسلمين أهل القبلة.."

"Bahawasanya Syiah Imamiyyah adalah saudara kita di dalam agama Islam dan mereka dari kalangan (Ahli Qiblah) orang Islam..."

dan Dar al-Ifta' al-Misriyyah menyambung lagi..

إن تعميم الأحكام على جميع الشيعة دون تفرقة أو تمييز بينهم بحسب درجتهم في التشيع، ودون تفريق بين علمائهم وعوامهم، ليس من العدل والإنصاف والعلم في شيء..

" menghukum golongan Syiah secara pukal tanpa membezakan diantara mereka dari sudut darjat mereka pada tasyayyu', tanpa membezakan diantara ulama dan orang biasa dalam kalangan mereka bukanlah suatu keadilan, kesaksamaan dan pengetahuan pada sesuatu..."

Ulama Al Azhar menolak Syiah sebahagian dari kalangan ahli Sunnah wal Jamaah, tetapi tidak mengkafirkan mereka.. Begitu juga Sheikh Said Ramadhan Al bhuti yang mengambarkan Syiah dan Sunni ibarat dua sayap..

Nak pertahan amalan yang ritual yang bertentangan dengan Islam, Jangan pula dalam waktu yg sama takfirkan..Kamu bukan orang awam..

Jadi Sebelum mengaitkan isu Syiah dan Turbah.. Kena beza dulu antara ahli Qiblah dan selain Islam seperti Sikh.. Begitu juga Mufti Utara kena bezakan antara perbezaan Feqah dalam isu Turbah dan perkara Aqidah sebagaimana kelompok Mujassimah..Bagaimana seorang Mufti begitu Jahil antara ritual Agama dan Perbezaan dalam tafsiran Fiqh.. ?

2- BATU TURBAH TIDAK BERKAIT DENGAN SOAL AQIDAH, TETAPI FEQAH..SAMA SEPERTI MENGHITAMKAN DAHI SEPERTI KELOMPOK WAHHABI..

Bagaimana seorang Mufti begitu Jahil antara ritual Agama dan Perbezaan dalam tafsiran Fiqh.. ? Hatta kalau ada pun orang Islam yang Solat atas batu turbah.. Itu bukan ditakrif sebagai perbuatan Syirik..tidak.. Perbuatan itu tidak menyangkut dengan hal Aqidah..apa sebenarnya Batu Turbah ni.. ?

Turbah ini berakar kata dari Turab atau Ard(Bumi)

Bagi kelompok Syiah mereka ada kepercayaan yang bila sujud itu adalah simbol dengan makna " al-khudu," iaitu lambang penghinaan seorang hamba,Makhluk kepada Khaliknya(Allah).. ia merujuk pandangan Fiqh Imam Jaafar yang juga menjadi rujukan Ummat Islam...pada mereka sujud itu mesti lah beralaskan tanah dan tumbuhan, ia bersandarkan dalil..

جعلت لي الأرض مسجداً وطهوراً..

" Dijadikannya tanah (bumi) bagiku sebagai tempat untuk bersujud dan suci.. "

Panjanglah perbahasannya, ada yang menolaknya sebab tafsiran Al Ard(الأرض) dan Turab( ترّب) itu berbeza.. itu takpe lah.. itu pentafsiran Ulama dan Fiqh depa.. walaupun aku cenderung tidak bersetuju dengan nya..

tetapi jangan pula kita menghina..Ia samalah dengan kepercayaan pentafsiran mereka yang berdahi hitam, tanda hitam(Jidat) yang selalu kita nampak dalam Masyarakat kita.. terutama dari kalangan jemaah Tabligh dan kelompok Wahabi..

apa sandaran depa ? ia berdasarkan tafsiran pada firman Allah dalam surat Al Fath ayat 29:

تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ..

" Kamu lihat mereka ruku' dan sujud mencari kurnia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud…"

( Al Fath: ayat 29)

sandaran depa, iaitu ayat "Siimaahum fii wujuuhihim min atsaris sujud (tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud).. pada mereka ayat atharis Sujud ia sebagai tanda dan bekas sujud..

Sedangkan Ibnu Abbas menakwil dengan mengatakan maksud tanda-tanda itu adalah tanda baik yang ada pada wajah mereka. Ulama lainnya menjelaskan atharis sujud itu ialah khusyu’ dan tawadhu’..

Kenapa ada pandangan begini sebab pentafsiran mereka kepada Quran dan Hadis secara literal.. sedangkan sahabat Nabi pun tidak berbuat begitu..Aku sendiri menolak tafsiran ini, Bagi aku Islam itu mudah dan Allah tidak menyusahkan hambanya..

malah sebahagian Ulama menolak pandangan dan cara sebegini kerana boleh mengundang rasa dan tanda Riya' dalam Ibadat mereka..dan banyak hadis menolak pentafsiran ini, sebab apa ia boleh berlaku..? ia banyak berlaku bila Quran dan hadis difahami secara literal Ayat..

3- AMALAN HITAMKAN DAHI DIKALANGAN WAHHABI JUGA SALAH TAFSIR SEPERTI TURBAH DAN DISANDARKAN KEPADA KHAWARIJ ?

Ini lah pertembungan Pentafsiran dan Fiqh dalam Solat,Hatta Qiyam kita, cara meletakkan tangan ketika Solat itu pun berbeza diatara Fiqh Mazhab yang empat, malah ada Mazhab yang berpegang beberapa riwayat dan cara.. ia soal pentafsiran Ulama..

Jika dalam kelompok Syiah ada Tafsiran mengapa perlu diletakkan batu Turbah dari tanah.. Begitu jugalah kalangan kelompok Wahabi... Sedangkan Ibnu Abbas dan Imam Baghawi mengatakan tanda pada wajah itu juga sebahagian dari gambaran Khawarij iatu pelampau dalam agama atau ekstrimisme Agama (الغلوّفى الديانة)...

Imam Baghawi mengatakan..

وقال البغاوى:

وﻻ يظن من السيما مايصنعه بعض المرائين من اثر هيئة السجود فى جبهة فأن ذالك من سيماالخوارج..

“Jangan menyangka sesungguhnya dari tanda2 yg dilakukan sebagian orang2 yg riya’ (muroo’iin) itu termasuk tanda bekas saat sujud di dahi, karena sesungguhnya hal itu adalah tanda2 ciri kelompok khawarij.”

4- ISBAL JUGA GAMBARAN DAN SIFAT KHAWARIJ.. ?

Di dalam Hadis Nabi digambarkan ciri ciri kelompok Khawarij.. antaranya... yang dirujuk kepada fizikal dan cara pelopor Khawarij.. Iaitu Dzul kuwaisirah at-Tamimi. .. antara ciri mereka..lebat Janggut mereka.. (كث اللحية), dan Singkatnya seluar mereka (مشمَر الإزارِ). dan kemudian Ibnu Abbas menambah adanya tanda sujud di wajah mereka.. (وجوههم معلمة من اثار السجود)...

Tapi Boleh kah semua amalan ini digambarkan sebagai pengikut Khawarij ? Tidak.. Ia hanya perbezaan dalam tafsiran Hadis dan Quran...sedangkan ramai dari kalangan Ulama mengatakan larangan melabuhkan pakaian itu atas sifat (خيلاء) yakni menyombong..

فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّكَ لَسْتَ تَصْنَعُ ذَلِكَ خُيَلاَءَ..

" Sesungguhnya engkau tidak melakukan demikian itu dengan kesombongan...”

Itu belum dikira dari amalan mengangkangkan kaki ketika Solat dari kalangan kelompok Wahhabi... mereka menafsirkan Hadis Nabi pada maksud merapatkan kaki dan bahu itu satu kewajipan dan Sunnah berdasarkan hadis ini..

وَكَانَ أَحَدُنَا يُلْزِقُ مَنْكِبَهُ بِمَنْكِبِ صَاحِبِهِ وَقَدَمَهُ بِقَدَمِهِ..

"Ada di antara kami orang yang merapatkan bahunya dengan bahu temannya dan merapatkan telapak kakinya dengan telapak kaki temannya..’”

Sedangkan sebahagian Ulama Menafsirkan dari teks Hadis tersebut.. lafaz وَكَانَ أَحَدُنَا “Ada di antara kami” (Wa kana ahaduna ) adalah perlakuan hanya sebahagian sahabat.. perlakuan hanya sebahagian sahabat bukan boleh dibuat Hukum, Kata Ulama'...

لان فعل البعض لا يكون حجة على البعض الآخر، ولا على غيرهم ..

.

“Sebab perbuatan sebagian sahabat tidak dapat dijadikan sebagai hujjah atas sebagian sahabat yang lain dan juga tidak menjadi hujjah bagi selain sahabat,”

( Al-Ihkam fi Ushulil Ahkam )

وزاد معمر في روايته ولو فعلت ذلك بأحدهم اليوم لنفر كأنه بغل شموص..

“Ma’mar menambahkan dalam riwayatnya ‘Jika aku melakukan hal tersebut dengan salah satu dari mereka saat ini, maka mereka akan lari sebagaimana keldai yang terlepas...’”

Nampak Tak ? Biarpun ada Tafsiran berbeza dari Hadis Nabi, Biarpun ada yang menyamakan Isbal ala seluar Mr bean tidak lah kita mudah menghukum.. Begitu juga dengan amalan menghitamkan dahi dan mengangkang kaki ketika Solat yang kadang2 menyusahkan jamaah lain.... ia hanya perbezaan tafsiran dan feqah.. Bukan perkara Aqidah.. takkan tu pun Mufti Utara tak dapat Beza...

Samalah macam kes bertabarruk dengan replika Capal Nabi.. Mungkin ramai yang tidak setuju.. tetapi itulah satu bentuk salah tafsir Ulama' tentang Tabarruk.. Ini orang panggil غلو Berlebih lebihan atau melampau..bukan Kafir..

5- KEJAHATAN MUFTI UTARA GAMBARAN ULAMA JAHAT YANG MENGHANCURKAN SYRIA..

Gambaran Mufti Utara..Begitulah apa yang berlaku di Syria.. ada Ulama yang menfatwakan fatwa fatwa Politik dan akhirnya Syria berlakunya huru hara..hancur dari mulu mulut Ulama'..Ketika itu Sheikh Said Ramadhan Al Bhuti pun ditakfirkan..

Bertapa ruginya duit Ummat Islam dari badan Zakat dan Cukai menanggung seorang Mufti dan Ulama Jahat ratusan ribu setahun dengan kerja kerja Politik Ashabiyah dan menghasut....sebagaimana kata Nabi akan sifat Ulama Jahat..

أَحْلَى مِنْ السُّكَّرِ وَقُلُوبُهُمْ قُلُوبُ الذِّئَابِ...

" dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat)”

Inilah Sifat yang menyesatkan Iblis..Iaitu Kebencian..Dan Sifat ini lah yang akan merosakkan Agama Mereka..dalam hadis Nabi disebut dikenal dengan Istilah Haliqah (حَالِقَةُ), iaitu Pemangkas Agama... sabda Nabi ..

، وَالْبَغْضَاءُ هِيَ الْحَالِقَةُ ، حَالِقَةُ الدِّيْنِ لاَ حَالِقَةُ الشَّعْرِ...

"Sifat Kebencian itu adalah pemotong; pemotong(Pemangkas) agama dan bukan pemotong rambut..."

dan Menepati darjat ketiga pada pandangan Imam Ghazalie antara ciri Ulama jahat yang dah tak mampu bertaubat dah biarpun jelas kebenaran didepan mata....sebagaimana ada sifat (Al Kibr) kepada kelompok Iblis..

Berkata lagi Imam Ghazalie..

.. فهذا من الهالكين، ومن الحمقى المغرورين؛ إذ الرجاء منقطع عن توبته لظنه أنه من المحسنين، وهو غافل عن قوله تعالى (يَأيُها الَّذين آمنوا لِمَ تَقولونَ مالا تَفعَلون)

.

" Mereka dari kelompok ketiga itu disebutkan diatas termasuk golongan yang binasa, Bodoh, dan tertipu. Orang seperti ini dia takkan Bertaubat kerana merasakan Dirinya dikalangan orang yang baik disisi Allah.."

وهو ممن قال فيهم رسول الله: (أنا من غير الدجال أخوف عليكم من الدجال)

Dan inilah kata Nabi , Kelompok yang aku takutkan melebihi Dajjal..

Ipohmali

23 Disember 2020