Semalam , Belanjawan 2021 di peringkat Jawatankuasa
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Azmin hampir kalah
dalam undian. 110 undi berbanding 104 undi Pakatan Harapan (PH). Hanya
perbezaan enam undi.
Undi PH tiba-tiba meningkat untuk kalahkan Azmin ini datang dari
mana?
Pertama, ia datang dari sokongan blok Tun Mahathir.
Tun yang berumur 95 tahun itu pun datang menolak Azmin. Hampir
semua Ahli Parlimen Warisan hadir kecuali Presiden mereka dan Ahli Parlimen
lain dari PKR dan DAP atas sebab tertentu.
Nampak tak Umno tidak boleh dipercayai? Bayangkan kebencian
besar majoriti Ahli Parlimen Umno kepada Azmin.
Apa yang boleh kita belajar dari peristiwa ini? Pentingnya PH
bersatu dengan rakan pembangkang yang lain. Biarpun banyak perkara kita tidak
setuju dengan mereka. Tidak kira dari blok Tun atau Warisan. Sebab itu
pentingnya kerjasama dalam pembangkang yang dipertahankan AMANAH.
Apa yang kita belajar dari Ahli Parlimen Umno? Biarpun Presiden
mereka, Najib cuba berusaha menyakinkan Ahli Parlimen menolak kerajaan PN…
TAPI…
Mereka jauh takutkan kerajaan PH yang dipimpin Datuk Seri Anwar
dan DAP. Soal prinsip mereka buang ke tepi. Hatta, Ahli Parlimen Pas. Itu
realiti yang kita perlu fahami.
Walhal, mereka boleh saja tidak hadir ke Parlimen atas apa-apa
alasan. Kalau ada usul nak luluskan GST pun percayalah, Ahli Parlimen Pas akan
sokong biarpun sebelum ini mereka fatwakan haram...
Itu sebabnya sejak awal saya kata, kita Ahli Parlimen kena
bersatu. Terimalah realiti yang kononnya kita boleh mendapatkan sokongan Ahli
Parlimen Umno untuk bentuk kerajaan. Itu tidak mungkin berlaku. Bagi Najib dan
Zahid, mereka terdesak untuk bubarkan Parlimen.
Jika PH dapat bersatu dalam satu gabungan, In sya Allah kerajaan
PN akan tumbang biarpun tanpa perlu sidang Parlimen dalam Belanjawan atau keputusan
belah bahagi.
Perkukuhkan kembali kesatuan dalam PH dan bersama Tun Mahathir
dan Warisan. Ketepikan ego masing-masing. Selamatkan negara - Ipohmali, edited
by papa