HAMDAN TAHA
Kita di kejutkan kisah seorang gadis malaysia islam agamanya
berkahwin dengan seorang bukan islam di india. Mereka berkenalan dari tahun
2012 di zaman muda mereka
Kisah ini sangat bahaya kepada generasi akan datang. Kita orang
biasa dan orang luar cuma terkejut bagaimana ini boleh berlaku. Apakah
perkahwinannya mendapat restu keluarga beliau semua kita tidak tau dan tidak
ada pekabaran. Perkahwinan sebegini di benarkan di india dan di indonesia juga
tetapi di malaysia tidak di benarkan itu sebab majlis mereka di buat di india.
Saya terasa sedih kerana dia telah Allah lahirkan sebagai islam.
Lahir sebagai islam ini satu rahmat nikmat dan anugerah juga hidayah dari Allah
kepadanya. Di mana silapnya hanya beliau dan keluarga lebih memahami kenapa
bole jadi begitu....semuanya kerana hubungan cinta...
15 tahun dulu saya pernah lihat di depan mata saya seorang
lelaki bernama mustaqim orang indonesia bekas pelajar pondok di surabaya dan
bapanya pula orang beragama imam pula di kampungnya begitu lah kisah di
beritahu kepada saya. Saya selalu satu meting dengan mustaqim ini kebetulan dia
mula berjaya dalam perniagaan. Kawin sebentar dengan gadis seislam dan sebangsa
tapi berpisah. Ikut ceritanya kepada saya nafsunya hanya pada gadis cina atau
orang barat katanya. Nafsunya mati pada sebangsa
Kemudian dia jatuh cinta dengan seorang gadis cina beragama
kristian. Punya lah dasyat dia suka gadis cina itu sehingga di beri syarat jika
nak juga kawin silakan tapi kena masuk kristian. Langsung tidak fikir panjang
dia setuju dan tukar agama,bapa dan ibu di kampung dapat tahu pengsan. Akhirnya
berkahwin dan menariknya kawan kawan mustaqim yang bangsa cina pun tak suka
perkara itu berlaku...
Tapi saya di beritahu perkahwinan itu tak lama juga kerana
mustaqim itu jatuh perniagaannya. Isterinya tinggalkan dia...cuma saya tengok
isterinya tu...maaf kata lah jika kita kat malaysia ni rupa dia tu kita boleh
jumpa di mana mana kat pasar ikan jer tak cantik pun. Tapi sanggup keluar islam
dan murtad...sama seperti kisah anak saudara kepada menteri pepaduan kita....
Semoga Allah jauh kan peristiwa seperti ini berlaku kepada kita
dan keluarga kita. Juga jauhkan perkara ini berlaku lagi dalam negara kita.
Kita wajib didik keluarga kita....pegangan bahawa agama itu sama sahaja mula
membesar jumlahnya di dunia. Tuhan itu sama sahaja bagi semua agama juga sangat
bahaya. Benar tuhan hanya satu iaitu Allah....tapi tuhan bagi agama lain sudah
tentu bukan Allah kerana fahaman mereka mengikut agama mereka. Dari segi hukum
Tuhan hanya satu bagi semua makluk di dunia ini...iaitu Allah...
Ya Allah ampun kan dosa kami...
Salam boss. Melalui
seorang perantaraan, saya dapat hubungi beliau melalui whatsapp. Suaminya itu
sudah pun memelok Islam tahun lepas lagi. Dia akui dia silap ikut sahaja
upacara majlis perkahwinan secara adat itu atas kejahilan dan khilaf dia. Akad
nikah antara mereka telah dijalankan secara Islam 16/12/2020 tanpa publisiti.
Dia akui dia silap. Dia dan suami adalah Islam. Saya sudah nasihatkan dia
supaya bertaubat kpd Allah. Dia dan suami dalam stress atas perkara ini. Saya
juga nasihatkan dia amalan dgn larangan Islam 2 perkara berbeza. Larangan Islam
tentang rasuah umpamanya ramai juga yg lakukan. Mencuri harta rakyat pun ramai
yg lakukan. Mereka boleh bertaubat kepada Allah tetapi perlu juga minta ampun
dgn rakyat. Wallahualam