W.Faudzin
Dunia sedang memerhati, sudah hampir ke penghujung sidang dewan, kerajaan PN tidak pernah dpt tunjukkan bukti sokongan menghampiri paling minima 112 sekalipun. Maksudnya, bajet lulus baru2 ini hanyalah kerana majoriti dlm dewan fikirkan nasib rakyat yg mahu bantuan segera dlm keadaan Covid dan sebagai tanda taat setia kepada Agong yang mahu bajet ini disokong. Apatah lagi pada dasarnya beberapa tuntutan utama kita diambil perhatian.
Ertinya, menyokong bajet bukan bermaksud menyokong Muhyiddin sebagai PM. Tidak sokong bajet juga bukan bermaksud menyokong Anwar sebagai PM. Kalau ada sesiapa yang berfikiran bajet ini adalah pertarungan antara Muhyiddin VS Anwar, sudah tentu mereka akan merapu dan pening sepanjang masa seperti Mahathir.