Kerajaan PN kemungkinan jatuh 2021

 

NORMAN RADZUAN

No photo description available.

Kerajaan PN kemungkinan jatuh 2021

Selepas P. Agong UMNO penentu penjajaran baru

UMNO, PKR & DAP BERSATU...?

UMNO & BERSATU bergaduh kerana berebutkan PAS. Ahli PKR & ahli PAN 'bercakaran' kerana PKR tolak OT95, PAN mahukan 0T95. Itulah krisis politik yg berlaku di dlm BN/MN dan PH.

Walaupun sudah puas UMNO memujuk PAS bersama mereka PAS tetap bermain dua kolam. Begitulah juga sudah puas ahli2 dan pendokong PKR/PH menolak Mahathir tapi PAN tetap berkeras mahu GC bersama Mahathir.

UMNO geram dkt PAS dan penyokong PKR/PH geram dkt PAN. PAS dan PAN dari benih yg sama bermain permainan yg sama iaitu dua kolam.

Saya juga seperti yg lain tidak menaruh harapan apa2 selain menunggu PRU15. Tapi khabar terbaru diterima mengatakan hayat kerajaan PN akn diketahui selepas Perhimpunan Agong UMNO nanti.

Team Zahid dan Najib tahu kedudukan mereka atau parti UMNO ini cuba dirampas oleh team Hishamuddin dan Annuar Musa. Kononnya apabila berjaya dirampas maka mudahkan Bersatu mencaturkan sefahaman antara Bersatu, PAS dan UMNO. Dlm erti kata lain selepas PRU15 Bersatu tetap menguasai kerajaan Malaysia melalui PN bersama PAS dan UMNO.

Kata sumber tunggu selepas Perhimpunan Agong UMNO nanti yg sebelum ini ditangguhkan kerana kes Covid19. Khabarnya Perhimpunan Agong UMNO ini paling awal akn berlansung penghujung Januari 2021.

Jika Zahid dpt yakinkan pimpinan tertinggi UMNO utk penjajaran baru politik... khabarnya pembentukan kerajaan baru antara UMNO, PKR dan DAP akn berlaku.

Kemahuan Zahid dan Najib ini kononnya telah dihidu oleh team Hishamuddin dan Annuar Musa. Sebab itu beberapa pemimpin UMNO sibuk berkempen ' No Anwar No DAP'. Namun beberapa intelektual Melayu telah dipanggil Zahid utk bertanya mengenai pandangan masing2.

Kelompok intelektual ini khabarnya memberi pandangan sudah tiba masanya penjajaran baru politik Malaysia berlaku. Enough politik perkauman dimainkan hanya utk menarik undi Melayu. Lebih penting sudah cukup negara ini pemimpin2 terpaksa mengikut telunjuk kemahuan Mahathir siapa yg patut menjadi PM.

Malah pemimpin parti terbesar Melayu itu diberi penekanan atau pemahaman bahawa kerusi DAP adalah kerusi yg dimenangi ke atas MCA dan MIC.... tidak membabitkan kerusi Parlimen dan DUN Melayu. Jadi tidak perlu dibimbangkan tentang penjajaran baru bersama PKR dan DAP.

Politik perkauman dlm dunia maklumat tanpa batasan ini akn mati akhirnya. Sudah tiba masanya politik baru Malaysia dimulakan bersesusaian dgn kecelikan rakyat terhadap politik tanahair.

Jadi tunggu sahajalah Perhimpunan Agong UMNO yg disebutkan itu. Khabarnya pimpinan UMNO yg berpihak masing2 sedang sibuk melobi. Satu melobi tentang penjajaran baru politik Malaysia, satu melobi 'No Anwar No DAP.'... kita tgk sahajalah siapa yg menang. Jadi tak jadi kita akn hadapi PRU15.