Kerajaan PN jual ladang TH, dulu marah PH?
Abu Hafiz Salleh Hudin
Kerajaan PN teruskan dan luluskan penjualan ladang milik TH Plantations•
- Salinan surat kelulusan dan kebenaran Unit Perancangan Ekonomi (EPU), JPM bagi meneruskan penjualan 6,513.80 hektar ladang kelapa sawit di Bintulu dan Sibu, Sarawak yang menjadi pemilikan Tabung Haji Plantation (THP).
- Pembelian ladang itu sangat kontroversi dan diyakini merugikan THP setelah dibuat penilaian semula semasa pentadbiran PH di Putrajaya.
- Keputusan menjual ladang ini semasa pentadbiran PH telah mendapat bantahan PAS dan UMNO kerana ia ‘menjual harta umat Islam’. Dibawah pentadbiran kerajaan Melayu-Islam PN, Timbalan Menteri Agama dari PAS berjanji akan menghalang segala usaha penjualan ‘harta umat Islam’. Ia dizahirkan dalam Dewan Rakyat beberapa bulan yang lalu.
- Akhirnya, pada 24 November 2020, EPU berpandukan fakta yang ada dan bukan sentimen politik agama-bangsa yang sengaja ingin dibakar bagi kepentingan kumpulan tertentu; penjualan ladang ini dibenarkan.
- Kalau mengikut sifir perkauman sempit dan sentimen agama yang melampau orang Melayu-Islam dizaman PH dahulu, kerajaan PN juga membahayakan Melayu-Islam?! Layak dijatuhkan seperti Langkah Sheraton?!