KERAJAAN MESTI WAJIBKAN HANYA SYARIKAT MILIK ISLAM DIBERI LESEN IMPORT DAGING HALAL

 

Sejak terdedahnya berita berkenaan daging import yang dicampur antara lembu yang disembelih dengan tidak disembelih berikutan serbuan terhadap sebuah gudang baru-baru ini, ramai kini “mengharamkan” diri mereka daripada memakan daging sebagai hidangan seharian.

Lebih memualkan tekak ialah berikutan terdedahnya juga laporan bahawa sindiket penipuan itu telah pun melakukan kerja-kerja jahat mereka sejak kira-kira 40 tahun yang lalu.

Dengan demikian, pasti setiap antara kita secara tidak sengaja pernah menelan daging haram atau yang tidak disembelih itu sama ada kerana membelinya di pasar, makan di restoran dan gerai atau disebabkan hadir di mana-mana majlis kenduri.


KARTEL TUKAR DAGING HARAM JADI HALAL – SINAR HARIAN – 02/12/2020 – PPIM





Lebih menyedihkan, ibu bapa, kaum keluarga dan saudara-mara kita yang telah meninggal dunia juga pasti telah termakan sama daging lembu yang tidak disembelih itu.

Adussss…..

Mereka yang melakukan kerja khianat ini tidak lain adalah semata-mata kerana bertuhankan wang dalam kehidupan mereka.

Diperkatakan syarikat yang diberi lesen import itu berbuat demikian kerana ingin mengaut untung berlebihan dengan mencampurkan daging lembu halal dengan daging lembu tidak halal yang diimport daripada negara-negara dunia ketiga yang mereka perolehi dengan harga lebih murah nilainya.

Diberitakan juga, perlakuan syarikat terbabit turut mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak dalam agensi kerajaan berkaitan dengan dakwaan diberikan upah yang lumayan atas persekongkolan yang telah dilakukan.

Walaupun didapati tiada campuran daging babi ditemui dalam gudang yang diserbu, tetapi selain daging tidak halal, dikatakan turut dicampurkan ialah daging binatang lain seperti kuda, kangaroo dan lain-lain lagi.

Nauzubillah…apa lagi yang mampu kita lakukan dengan pendedahan paling mengejutkan in selain mengucap panjang dan dan memaki hamun mereka yang berbuat jahat itu.

Selain kapal perang dan helikopter tempur yang dibeli kerajaan dengan harga berbilion ringgit, tapi tak sampai-sampai sehingga sekarang dianggap sebagai berita yang cukup mengejutkan, pendedahan tentang penipuan daging import ini sebenarnya jauh lebih memeranjatkan kita.

Ia bukan saja kerana melibatkan makanan yang masuk melalui tekak umat Islam, tetapi bayangkan dalam tempoh 40 tahun lamanya mereka melakukan penipuan, pastinya ia juga melibatkan nilai beratus bilion ringgit jumlahnya.

Kalau kita kenal siapa yang terlibat dalam penipuan ini, baik secara langsung atau bersubahat, rasanya mahu saja kita letakkan racun tikus dalam makanan mereka.

Sesungguhnya, perbuatan khianat mereka itu langsung tidak boleh dimaafkan sehingga kita jadi hilang selera untuk menyentuh daging lembu selepas ini.

Tetapi, yang paling penting ialah apakah langkah kerajaan untuk menyelesaikan isu ini?

Mungkin selepas siasatan, syarikat terbabit dibatalkan lesen importnya atau dikenakan denda semata-mata.

Kemudian, mereka atau pihak kerajaan pun berjanji untuk memastikan di masa-masa akan datang tidak berlaku lagi perbuatan mencampurkan daging halal dengan daging haram itu.

Soalnya, apakah jaminan perkara tersebut benar-benar tidak akan berulang?

Dalam hal ini, kerajaan sepatutnya melaksanakan dasar yang tegas berkaitan pengimportan daging halal daripada luar negara iaitu dengan meletakkan syarat hanya syarikat milik orang Islam saja diberikan lesen import tersebut, tidak lagi seperti sekarang di mana ada syarikat bukan Islam pun diberi lesennya.

Bagi import daging tidak halal, berikanlah lesennya kepada syarikat-syarikat bukan Islam.

Kita ada ramai ahli perniagaan atau syarikat korporat milik orang Melayu yang boleh diberikan peluang menjalankan perniagaan ini atau kerajaan mengenalpasti usahawan Melayu/Islam, baik secara sendirian mahupun membentuk konsortium bagi tujuan ini.

Sesungguhnya, memastikan pengimportan daging halal yang terjamin adalah tanggungjawab kerajaan, sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi dan orang Islam sendiri adalah majoriti di negara ini.

Hanya dengan memberi lesen import dan atau urusan membawa masuk daging halal daripada luar negara kepada syarikat milik orang Melayu dan Islam saja, maka barulah ada jaminan perbuatan jahat mencampurkan daging lembu sembelih dengan tidak sembelih tidak akan berulang lagi.

Sejahat-jahat orang Islam, kalau pun mereka juga bertuhankan wang, selagi dia Islam, dia tetap tidak sanggup melakukan perbuatan mencampurkan daging tidak halal dengan daging halal yang jika dia melakukan demikian, dia tentu sedar bukan saja mungkin dirinya termasuk secara tidak sengaja memasukkan makanan kotor ke dalam tekaknya, malah mungkin daging tidak halal itu turut dimakan oleh kaum keluarga dan sanak saudaranya juga.

Berbeza dengan bukan Islam, selain pengetahuan mereka tentang halal haram makanan bagi orang Islam adalah pasti cetek, ramai yang sanggup melakukan penipuan demikian semata-mata kerana wang.

Selain itu, bagi peniaga bukan Islam, mereka tidak ada perasaan sama sekali untuk menjaga kepentingan orang Islam sebagaimana naluri peniaga Islam terhadap mereka yang seagama dengan mereka.

Namun, bagi kerajaan dan pemimpinnya yang beragama Islam, malah mengakui kerajaan ini adalah kerajaan Melayu/Islam, apakah susah sangat untuk berbuat sesuatu yang munasabah untuk kepentingan orang Islam sendiri? 

(Shahbudindotcom 24/12/2020)