Kenyataan Minta DSAI Undur


Eng Huat Koh

Terpanggil Untuk Pencerahan

Kami bukan berkiblat dengan DSAi secara membabi-buta

Sebelum sesuatu keputusan diputuskan dan untuk berlaku adil  adalah lebih masuk akal kiranya kita mohon DSAI bentangkan Belanjawan PH yang mampu melawan Convid 19 untuk tatapan umum dan dilaksanakan kiranya diizinkan untuk mentadbir. Cadangan Belanjawan ini harus mendapat persetujuan tidak berbelah bahagi dari rakan-rakan Pakatan Harapan agar rakyat dapat meneliti dan memperbandingkan dengan Belanjawan Kerajaan yang masih dalam peringkat  untuk mendapatkan  kelulusan.

Seterusnya hujahan  artikel kami yang masih berdiri teguh kepada DSAI adalah berlandaskan 3 perkara iaitu :-


1. PRINSIP PERJUANGAN YANG DIDOKONG


2. PENGORBANANNYA  DAN


3. SEMANGAT JUANGNYA YANG TERAMAT KENTAL


Sekiranya bukan DSAI, siapakah pemimpin bumiputra yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan  sanggup atau telah melalui keperitan karier politik selama lebih 2 dekad  seperti berikut :-


1. Berkarisma

2. Disegani dan diiktiraf di persada dunia selain merangkul beberapa anugerah termasuk antaranya menteri kewangan terbaik.

3. Perwatakan di bunuh seperti tuduhan jenayah tetapi didapati bersalah di atas tuduhan Salah Guna Kuasa

4.Pembunuhan perwatakan yang telah dan masih memalitkan keturunannya.

5.Sanggup merengkok didalam penjara  sepanjang perjalanan karier politiknya demi mempertahankan prinsip perjuangannya.

6. Beberapa kali dihumban ke dalam penjara dan dipisahkan dari ahli keluarga dan tetap tidak serik dan tunduk dengan prinsip perjuangan

7.Sanggup di khianati oleh rakan-rakan seperjuangan dan pihak lawan dan masih bersifat pemaaf.

8. Konsistant dengan Prinsip perjuangan yang mendapat Dokongan dan sokongan dari rakyat  dari pelbagai kaum di seluruh negara.

9. Menghormati setiap insan berasaskan ketaqwaannya terhadap agamanya yang memahami kewujudan kepelbagaian insan  adalah kehendak yang maha esa dan penganugerahan sebagai pemimpin adalah untuk menyatukan dan bukan memporak perandakannya sebagaimana kehendak Yang Maha Esa

10. Dunia akademik dan universiti tersohor sering mengiktiraf pandangan dan visi beliau dengan sering menjemput sebagai tetamu dalam program dan seminar yang berkaitan pendidikan global.

11. Beliau juga aktif dan sering dijemput oleh beberapa kerajaan luar dalam menyampaikan pandangan tentang hubungan kaum serta forum ekonomi