KENYATAAN MEDIA MAJLIS PENGERUSI PAKATAN HARAPAN NEGERI JOHOR


5 DISEMBER 2020 / 19 RABIUL AKHIR 1442

1. Majlis Pengerusi PH Johor telah bermesyuarat hari ini di Kluang.

2. Kami ambil maklum berkaitan laporan berita oleh portal Utusan Malaysia pagi ini. Dato Osman Sapian berkata, MB Johor boleh terima nasib sama seperti Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kalau 12 ADUN PPBM di negeri ini 'balas dendam' melalui usul undi percaya.

3. Esok adalah hari terakhir Sidang DUN Johor. Sebarang langkah atau usul yang ingin dibangkitkan oleh ADUN PPBM akan disaksikan pada esok hari.

4. PH Johor memiliki 27 ADUN. Jumlah ini signifikan dalam setiap usul yang ingin dikemukakan di Dewan Negeri Johor.

5. Kami berpendirian sebarang usul atau langkah yang bakal dibawa oleh ADUN PPBM esok akan diteliti oleh PH Johor dengan mengambil kira kepentingan rakyat dan kestabilan negeri.

TAMAT

YB Aminolhuda Hassan

Pengerusi Parti Amanah Negara Negeri Johor

YB Syed Ibrahim Syed Noh

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor

YB Senator Liew Chin Tong

Pengerusi DAP Negeri Johor

#PakatanHarapan