Setiausaha Politik Pesuruhjaya Pas Perak, Fairuz Hafiizh Othman
memadam kenyataan yang dimuatnaik di laman Facebooknya berkaitan isu portfolio
Exco Kerajaan Negeri Perak.
Walaubagaimanapun, tindakan tersebut sudah terlambat kerana
ramai pihak telah tangkap layar (screenshot) status yang dimuatnaik itu.
Lebih ‘melucukan’, Exco Kerajaan Negeri Perak daripada Pas, Mohd
Akmal Kamaruddin berkata, Pas tak kata pun seperti apa yang disiarkan oleh
Perak Insight.
“PAS tak kata pun. Ini fitnah. Tak habis-habis nak fitnah PAS.
Agama Islam adalah sepenuhnya di bawah DYMM Tuanku Sultan Perak,” katanya di
laman Facebooknya.
Namun penafian tersebut tidak berasas kerana terbukti Setiausaha
Politik Razman membuat kenyataan sedemikian namun kira-kira dua jam selepas itu
beliau telah memadamnya.
Berikut adalah kenyataan penuh Fairuz Hafiiz yang telah dipadam:
BERAKHIRKAH KRISIS PERAK?
Kerajaan Perak telah di bentuk semula hasil persetujuan ketiga
tiga parti di bawah kerangka Perikatan Nasional pada 9 Disember 2020. Ia
terhenti gara gara move UMNO ingin menguasai kerusi Menteri Besar. Sehingga
kini portfolio exco masih belum dilantik secara rasmi walaupun umum memahami
ianya di teruskan sebagaimana sebaran surat umno di awal krisis.
Pembentukan kerajaan PN Perak terhasil apabila PPBM berpaling
meninggalkan PH gara gara tekanan DAP dalam pentadbiran. Perkara paling besar
di tuntut DAP berkaitan milikan tanah 999 tahun. DS Faizal Azumu yang ketika
itu menjawat jawatan Menteri Besar Perak bersama pengikutnya membuat pakatan
kerjasama mengikuti langkah kesepakatan di Pusat. Lantaran itu, Jawatan beliau
di kekalkan.
PAS di serahkan dua exco dengan portfolio Pendidikan dan Agama.
Dua portfolio yang sangat bersesuaian dengan PAS sebagai parti Islam dalam
membangunkan masyarakat dan rakyat. Dua exco PAS telah menunjukkan
kecemerlangan di dua bidang ini. Ia di saksikan masyarakat dan penjawat awam di
bawah kedua dua portfolio tersebut.
Walaupun tempoh hanya tidak sampai setahun, ia tergendala dengan
langkah perubahan Menteri Besar yang di buat. Berbaki beberapa bulan sebelum
jangkaan PRU 15 tentunya tiada perubahan portfolio di buat.
UMNO mengakui bahawa langkah yang di buat hanya bertujuan
menukar MB manakala kerajaan berjalan seperti biasa. Saya juga di fahamkan
persetujuan dan perjanjian sama di perakui di peringkat pusat ketika perjanjian
di buat pada 09 Disember 2020.
Rakyat Perak secara umumnya meyakini tiada perubahan pirtfolio
di buat berdasarkan beberapa perkiraan:
01. Janji yang di buat UMNO seperti di edarkan di awal krisis.
Jika berlaku perubahan portfolio, jelas bahawa langkah yang di buat bukan
bertujuan menukar MB sahaja tetapi kerakusan UMNO terhadap kuasa dan cuba
menyekat rakan dalam memberi khidmat
terbaik
kepada rakyat.
Rata rata rakyat dan penjawat awam dari kalangan UMNO dan PAS
yakin portfolio di kekalkan. Mereka yakin pemimpin mereka tidak akan khianat
sesama mereka apatah lagi MB telahpun membuat kesepakatan 8 perkara bersama PH.
Saya tak fikir ahli UMNO akan menerima jika pemimpin mereka mengkhianati
Persepakatan yang di buat bersama rakan dalam kerajaan.
02. Jangkaan PRU 15 dalam tempoh kurang tujuh bulan dari
sekarang atau lebih singkat berdasarkan perkembangan semasa. Adalah kerja bodoh
atau jahat menukar portfolio yang telah berjalan dengan baik selama hampir
setahun untuk baki yang kurang setahun. Apa yang boleh di buat dalam tempoh
kurang dari tujuh bulan. Jika berlaku, exco terpaksa mengenalpasti bidang tugas
baru dan mengambil masa menyesuaikan diri. Ini satu pengkhianatan kepada rakyat
Perak.
03. Bagi portfolio agama yang di sandang PAS tentunya mustahil
berubah kerana dilihat hanya seorang wakil PAS yang memiliki latarbelakang
agama. Menyerahkan portfolio agama kepada bukan ahlinya adalah satu
pengkhianatan dan kerja jahat. Ia adalah * kebinasan* apabila tidak di serahkan
kepada ahlinya. Ini yang di sebut rasullullah SAW. Saya tak fikir ada exco lain
yang sanggup memikul amanah tersebut sedangkan ada ahlinya di kalangan mereka.
Beberapa indikator lain juga meyakinkan saya jika kerajaan yang
ada ini khasnya Menteri Besar ikhlas memberi khidmat dan bukannya ada agenda
lain untuk kepentingan diri dan kelompok, tiada perubahan portfolio sebagaimana
tiada perubahan exco.
Walaubagaimanapun, jika ianya berlaku, pastinya kesepakatan ini
sekali lagi di landa kecurigaan khasnya di kalangan sesama mereka. Rakyat juga
pastinya hilang kepercayaan terhadap janji yang di buat umno iaitu Hanya
langkah menukar Menteri Besar.
Apapun saya terpaksa menunggu pengumuman rasmi dari MB dalam
tempoh terdekat sebelum membuat ulasan susulan..
Persoalannya... berakhirkah krisis Perak?
FHOAS
231220
IPOH.