JANGAN JADI USTAZ YANG MENJADI PERISAI KEPADA RASUAH

 

HAMDAN TAHA

Saya nak tulis komen komen tentang isu semasa pun tak berapa nak syok sebab boleh mengurangkan persahabatan....

Bayangkan ada ustaz yang ambil sikap berkecuali jer pun dah kena hentam sekarang ni....dia berkecuali tu kerana dia melihat ramai ustaz ustaz dah jadi perisai kepada rasuah...dan isu isu yang sebelum ini di tentang....sekarang dah gunakan segala hujah mempertahankan pula....

Cuba kita lihat isu najwa yang berkahwin dengan rakyat india sudah cukup....habis menteri,mufti,ustaz ustaz keluar segala dalil dan hujah mempertahankan najwa itu pula daripada di serang oleh satu lagi kelompok....yang menyerang ini pula sebenarnya bukan lah nak serang sangat si najwa tu niatnya....kecuali mempertikaikan kelompok yang sebelum ni sangat sangat memperjuangkan islam dan melayu....itu saja tujuan puak yang menyerang ini pula....

Bukan main berjela jela mempertahankan hujah supaya rakyat jangan membabi buta menuduh si najwa itu sesat dan sebagainya....pening juga rakyat dan orang biasa yang tidak ada ilmu ini di buat oleh ustaz ustaz dan mufti mufti ni....kerana selama ini mereka juga yang mengajar kepada orang awam ciri ciri sesat dan terkeluar dari islam...terkeluarnya dari islam ni ada ciri cirinya....siapa yang ajarkan tu...ustaz ustaz yang sama mempertahankan najwa ini lah orangnya....

Yang pelik sampai sekarang najwa dan keluarga tidak dapat membuktikan mereka telah bernikah secara islam. Tak kan lah tak ada gambar di ambil ketika mereka bernikah. Mereka mendakwa telah bernikah dan di malaysia pula tu....dan lebih menghairankan satu kenyataan dari ibubapa atau mak saudara atau adik beradik beliau menjelaskan tentang kedudukan perkara sebenar pun tak ada....tiba tiba ramai ustaz ustaz dan mufti juga menteri dah jadi pendinding beliau....selamat lah belaiu....tapi jika lihat tulisan najwa di media sosialnya....mengelirukan...

Ini lah susah bila sebelum kita jadi kerajaan kita cakap lebih....cakap cakap cakap...hentam hentam....bila dah jadi kerajaan dah jadi cakap tak serupa bikin....bukin tak serupa cakap....jadi lah negara ni merapu....

Ini berlaku juga pada PH dan termasuk dr m sendiri....sebelum dapat semua nak buat....dap...pkr...amanah pun sama....tapi bila dah dapat tak mampu pun untuk laksanakan apa yang di janjikan dan yang di ucapkan sebelum ini....

Itu sebabnya keadaan jadi huru hara dan politik malaysia tidak stabil....kerana prinsip berpolitik itu tidak ikhlas kecuali berebut untuk kelompok masing masing....

Kita kata kita tidak boleh bersama...usahkan menyokong dengan kelompok rasuah dan ahli maksiat....haram hukumnya....tapi bila berkuasa jadi lain pula....kelompok itu juga yang di belai dan di beri jawatan kanan dalam kerajaan. Jika islam pun dah pakai konsep boleh menghalalkan cara....atau politik menghalalkan cara demu kuasa habis lah islam.....maka agama jadi dagangan sahaja bagi ahli agama.....berat lah negara....