HAMDAN TAHA
Wanita tua ini bernama Sidhutai Sapkal, berasal dari Wardha,
India. Kini usianya sudah menjangkau 72 tahun. Dia digelar "Mother of
Orphans".
Dibenci ibu sendiri, pernah dipukul ketika sedang hamil, dibuang
suami sehingga terpaksa berjuang hidup mati melahirkan anak di kandang lembu.
Sidhutai Sapkal dikahwinkan ketika berusia 11 tahun. Dia
berkahwin dengan seorang lelaki yang 20 tahun lebih tua darinya.
Ketika usia 20 tahun, dalam satu perbalahan dia telah dibelasah
oleh suaminya dengan teruk sekali.
Dia telah ditumbuk dan ditendang. Perutnya yang sarat mengandung
itu juga ditendang oleh suaminya. Gila betul.
Kemudian dia diseret dengan rambutnya ditarik lalu dicampak
keluar sebelum dihalau dari rumah.
Sidhutai Sapkal meraung kesakitan. Darah membasahi bajunya,
tetapi tidak ada siapa yang peduli. Tidak ada yang menghulurkan bantuan.
Dalam keadaan sarat mengandung, berjalanlah Sidhutai Sapkal perlahan
menuju ke kandang lembu. Di duduk menangis kesakitan.
Pada malam itu sekali lagi Sidhutai Sapkal diuji. Bayangkan,
dalam keadaan najis lembu dimerata-rata, bau busuk yang menusuk hidung,
Sidhutai Sapkal bertarung nyawa seorang diri melahirkan anak ketiganya.
Dalam keadaan terbaring bersama si anak yang sedang menangis
kelaparan, dia meraba-raba dalam kegelapan mencari sesuatu untuk memotong tali
pusat anaknya.
Dia mencapai batu lalu diketuk tali pusat itu sehingga hancur
dan terputus. Dia terbaring menahan sakit. Si anak menangis menahan sejuk dan
lapar.
Keesokan harinya, Sidhutai Sapkal bersama anak berjalan pulang
ke rumah ibu bapanya. Malangnya, ibu bapanya juga tidak menerima, malah
menghalaunya kembali.
Segala harapannya kini hancur lebur. Apa yang bermain dibenak
fikirannya ketika itu, hanyalah mahu menamatkan segala kesengsaraan itu dengan
membunuh diri.
Perlahan dia berjalan membawa diri mencari tempat perlindungan.
Sehingga dia berhenti di tempat pembakaran mayat.
Dia melihat ada upacara pembakaran mayat sedang dilakukan. Dia
duduk melepaskan lelah. Sudah seharian dia berjalan. Perutnya juga sudah lapar.
Habis upacara itu, dia melihat ada tepung yang ditinggalkan, dia
ambil tepung itu, dimasukkan sedikit air, diuli menjadi roti lalu dibakar di
atas tempat pembakaran mayat tersebut.
Dengan roti itu dia mengalas perutnya. Susunya mula keluar dan
anaknya dapat minum sehingga ketiduran.
Dia melihat wajah anaknya, lalu dia membayangkan anaknya itu
membesar menjadi orang yang luar biasa.
Berbekalkan kekuatan itu, dia meneruskan kehidupannya. Dia
meminta sedekah di stesen keretapi dengan menyanyi untuk mencari sesuap roti.
Itu sahaja yang mampu dilakukan oleh seorang ibu yang bersamanya 3 orang anak.
Pada waktu itu, dia melihat ramai anak-anak kecil yang hidup
gelandangan tanpa keluarga.
Dia ambil anak-anak tersebut menjadi anak angkatnya. Dia jaga
anak-anak itu walaupun dia sendiri berada dalam keadaan yang tidak mencukupi.
Semakin hari semakin ramai anak-anak jalanan dibantu oleh
Sidhutai Sapkal. Dia memberi kesenangan kepada anak-anak itu walaupun hidupnya
serba kekurangan.
Dari 5 orang anak yatim, kini Sidhutai Sapkal sudah memelihara
lebih 1000 orang anak yatim.
Suaminya ketika berusia 80 tahun telah kembali memohon maaf dan
memohon simpati serta belas ehsan dari Sidhutai Sapkal.
Dia telah memaafkan bekas suaminya itu dan menerimanya sebagai
anak yatim jagaannya.
Sidhutai Sapkal telah menerima lebih 700 award. Ketika ditanya
oleh wartawan " Kenapa puan bantu anak-anak itu sedangkan hidup puan
sendiri miskin, makan sendiri pun tak tentu. Kenapa masih susahkan diri untuk
mereka?"
Jawapan Sidhutai Sapkal sungguh luar biasa. Katanya "aku
hidup selepas aku makan roti yang dibakar di atas tempat pembakaran mayat orang
mati. Kini aku hidup untuk orang lain."
Bagaimana pula keadaan ketiga-tiga anak kandungnya. Pasti anda
tertanya-tanya kan.
Ketiga-tiga anaknya itu mempunyai PHD dan mempunyai jawatan yang
besar. Anaknya berjaya menjadi orang luar biasa sama seperti apa yang
difikirkannya dahulu.
Walaupun anak-anaknya sudah kaya dan berjaya, Sidhutai Sapkal
tetap meneruskan kehidupannya sama seperti dahulu bersama anak-anak jalanan.
Anak-anak jalanan dibawah jagaannya juga tidak kurang hebatnya.
Ramai yang berjaya menjadi manusia yang berguna. Ada yang jadi doktor, peguam,
arkitek, jurutera dan sebagainya.
Sidhutai Sapkal telah menghidupkan jiwa anak-anak jalanan yang
dulunya dipandang hina oleh masyarakat, kini telah dipandang mulia.
Jika Lata Kare dalam kisah sebelum ini hidupnya untuk suami,
Sidhutai Sapkal pula, hidupnya untuk anak-anak jalanan yang langsung tiada
hubungan kekeluargaan dengannya.
Atas dasar kemanusiaan, Sidhutai Sapkal menyerahkan seluruh
hidupnya untuk melihat anak-anak ini membesar menjadi manusia yang berguna.
Hari ini dia dipanggil Dr. Sithudai Sapkal.
Itulah Grand Why Sidhutai Sapkal. Kita pula hidup untuk apa?
Apakah sekadar belajar tinggi lalu peroleh gaji dan pangkat semata.
Apakah sumbangan kita kepada ummah?
.
Sidhutai Sapkal telah mengajar kita beberapa perkara.
1. Besar macam mana sekalipun masalah hidup kita, pasti ada
jalan penyelesaiannya. Usah cepat putus asa. Tuhan sentiasa ada bersama kita.
2. Hidup susah bukanlah alasan untuk tidak membantu dan memberi
kepada orang lain. Sebenarnya itulah jalan
terbaik
untuk keluar dari kesusahan hidup. Apabila kita mudahkan hidup
orang lain, Tuhan akan permudahkan hidup kita pula.
3. Memaafkan itu pilihan
terbaik
. Dendam hanya membuat diri derita. Tidak pernah rugi hidup
orang yang memaafkan orang lain. Bukankah itu juga telah diajar oleh baginda
Nabi SAW.
4. Apabila sudah senang, jangan lupa diri. Jangan sombong. Usah
cepat berubah kerana kesenangan dunia. Ianya tak memberi ketenangan pun.
5. Tiada yang mustahil atas dunia ini. Jika kita berusaha maka
Tuhan akan beri hasilnya. Tidak pernah rugi orang yang berusaha buat baik.
Apatah lagi buat baik untuk kesenangan orang lain. Itu sifat yang mulia.
Semoga kita sentiasa istiqamah dalam kebaikan terhadap orang
lain.