ADUN Bukit Naning Md Ysahrudin Kusni mengambil inisiatif sendiri
memasang lampu jalan berkuasa solar di jambatan kampung Sungai Sarang Buaya di
Mukim Sungai Balang, Batu Pahat.
Katanya, lampu jalan perlu di kawasan berkenaan kerana sering berlaku kecurian berikutan keadaan jalan yang gelap. Manakala laporan yang dihantar kepada pihak berkuasa tidak mendapat maklum balas memuaskan.
"Kawasan ini seringkali berlaku kemalangan dan kecurian. Aduan rakyat berkaitan isu ini telah lama dibawa ke pengetahuan agensi yang terlibat, tapi peruntukan tidak dapat disalurkan ke kawasan ini.
"Oleh itu atas insentif pihak kami sendiri, pemasangan lampu
solar ini bagi memenuhi kehendak dan aduan rakyat ditunaikan," katanya.
YB sahrudin yang juga Ketua Penerangan KEADILAN Johor berkata inisiatif itu diharapkan akan memberi faedah kepada ratusan penduduk yang tinggal di kampung berkenaan.