1.GERAK98 mengalu2kan sebarang usaha dan langkah memperkukuh PH
termasuk menambah bilangan anggota parti dan individu.
2.Mempunyai 108 ahli parlimen lebih baik daripada 92 ahli
parlimen?Ya dalam perkiraan politik tanpa nilai.Tapi dalam prinsip dan nilai
tidak semestinya 108 lebih baik daripada 92.Malah PH sendiri pernah punyai jauh
lebih daripada 108 (130) tetapi gagal .Mengapa?
3.Sebab ada pemimpin utama PH khususnya Mahathir yang gadai
nilai dan prinsip.Prinsip perjanjian dihancurkan oleh Mahathir kerana dendam
kesumat peribadi kepada Anwar.Kalau perjanjian dihormati, cukup 2 tahun
perjanjian peralihan diikuti, PH akan jadi begini?
4.Jujur.Pegang pada janji adalah asas utama kepimpinan.Tetapi
tidak diamalkan.Makanya gagal.Satu lagi asas kepimpinan ialah memperakui
ketua.Dalam Islam dan mana2 teori dan praktis organisasi, perakuan kepada ketua
bukan sahaja penting tetapi asas no 1.
5.Apakah yang dalam 108 itu memperakui Anwar sebagai
ketua?Jawapannya jelas sebab Mahathir dan kuncu2nya terbuka menolak
Anwar.Makanya 2 asas utama kepimpinan telah di rosakkan oleh Mahathir.Dan kita
masih boleh terima Mahathir?Jenis pemimpin apa kita ini?
6.GERAK98 bukan pentaksub Anwar.Ini bukan soal Anwar.Ini soal
asas kepimpinan.Menepati janji dan memperakui ketua.
7.Ada dakwaan Anwar mendapatkan sokongan musuh.Sekiranya benar
ianya tidak melanggar asas kepimpinan sebab musuh diterima hanya setelah
memperakui Anwar sebagai KETUA.Akaun bersumpah (SD) mereka(sekiranya wujud)
adalah satu perakuan Anwar sebagai PM.(KETUA)
8.Makanya GERAK98 ingin memberi ingatan kepada kepimpinan PH -
JANGAN GADAI PRINSIP DAN ASAS KEPIMPINAN.
MOHAMAD EZAM MOHD NOR
Ketua GERAK98
17 DISEMBER 2020/ 2 JAMADILAWWAL 1442H.