INI SANGAT TERBAIK...DILUAHKAN SEMUA YG TERBUKU YG KEBANYAKANNYA
DIKONGSI RASA YG SAMA....#MESTI_BACA
**********************
Grand Coalition - Siapakah Yang Beruntung?
Bagaimana jika aku katakan pembentukan Grand Coalition (GC) ini
umpama berikan kerusi secara percuma kepada 'parti-parti comel' ini?
Pejuang dan Muda adalah parti yang kecil. Sebab itu aku gelarkan
comel. Tetapi bukan sebarang comel. Ini comel yang kejam. Sama macam watak
'Chucky' dalam filem. Namun itu bukanlah halangan untuk bentuk kerjasama.
Yang jadi masalahnya ialah, parti-parti ini tak punya akar umbi
pun. Mereka ini bagaikan kiambang. Zahirnya nampak berkembangan tetapi akar tak
jejak di dasaran.
Sebab itu mereka mahu bentuk GC ini kerana mereka perlukan akar
umbi PH untuk lakukan kerja bagi pihak mereka dalam PRU15 nanti.
Bayangkan kalau mereka masuk ke PRU15 tanpa PH. Siapa nak pasang
poster dan bendera? Siapa nak uruskan semua keperluan untuk ceramah? Kempen PRU
bukan kecil anak punya kerja!
Kenapa tak masuk PH sahaja?
Itu lagi satu masalah. Kalau mereka masuk PH, mereka terpaksa
ikut ketetapan PH. Dan PH telah membuat ketetapan DS Anwar akan mengetuai PH.
Dan itulah yang paling mereka tidak mahu!
Nampak tak jahatnya permainan mereka? Mereka hendakkan kerusi.
Mereka hendakkan tenaga kerja PH. Tetapi enggan ikut ketetapan PH. Bahkan
mereka mahu jadi kepala!
Yang peliknya ada pula pemimpin PH yang setuju. Entah kenapa
kontot sangat akalnya sehingga tak terfikir GC ini lebih banyak buruk dari
baiknya.
Dengan GC, PH hanya akan dipergunakan. Senang cerita, PH akan
jadi balaci mereka. Buat semua kerja, tetapi kerusi mereka yang dapat.
Itu belum diambil kira lagi sifat tamak ketika pembahagian
kerusi nanti. Dah lupa bagaimana tamaknya Bersatu ketika PRU14 dahulu?
Waktu itu Amanah banyak mengalah sehingga ada ahli yang tak puas
hati. Itu pengorbanan Amanah untuk jayakan PH. Tetapi takkan kali ini nak
jadikan Amanah korban lagi?
Tengok pula bagaimana Bersatu pergunakan BN dan Pas dalam PN.
Mereka tiada akar umbi tapi tanpa malu umum hendak tanding banyak kerusi.
Di Terengganu misalnya, kalau ikut kaedah PN, memang BN takkan
dapat bertanding langsung walau satu kerusi pun dalam PRU15 nanti.
Jika PH terima pembentukan GC ini, maka nasib PH akan jadi sama
seperti BN. Dipergunakan untuk kesenangan parti-parti yang comel ini.
Itu belum cerita kalau dah menang nanti mereka lompat dan ikut
PN. Kita dah terkena dengan Bersatu. Takkan tak serik-serik lagi?
Tiada beza antara Pejuang/Muda dan Bersatu. Itu juga acuannya.
Dari segi ego, busuk hati dan sifat tamak mereka, memang saling tak tumpah.
Sebab itu aku harap PH tak akan layan langsung GC ini. Sebab
tubuhkan GC sama seperti beri kerusi secara percuma kepada parti-parti ini.
PH takkan rugi tanpa mereka. Sebaliknya mereka yang akan mati
tanpa PH. Beritahu mereka secara jelas, jika betul mahu perjuangkan rakyat,
masuk sahaja mana-mana parti dalam PH.
Atau paling tidak, bawa terus parti mereka masuk PH dan ikut
konsensus yang telah dipersetujui. Tak perlu nak tubuh koalisi baru demi untuk
jadi ketua.
Tapi baik tak payah. Ada banyak parti tapi tiada akar umbi pun
tak ada guna. Tak percaya cuba tengok nanti. Dalam 4 orang MP Pejuang dan juga
Syed Sadiq dari Muda, siapa antara mereka yang boleh menang tanpa bantuan PH?
Aku berani kata paling banyak pun dua kerusi. Itupun kalau nasib
baik. Silap-silap satu kerusi pun takkan dapat. Gigit jari sajalah.
Kalau PH nak ambil sangat parti kecil, baiklah ambil PSM. Kalau
dengan PSM, serah kerusi percuma pun tak mengapa. Sebab PSM memang serius
berkerja untuk rakyat.
Pejuang & Muda? Cuma perjuangan peribadi.
- R a j a G e l a p -