GEMPAR | PEMUDA PAS JANJI BERI SOKONGAN PERTANDINGAN RATU
CANTIK..??
Papa
: Kita tunggu je la dalil dari pok lebai...
Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) semalam telah bertemu dengan
penganjur program pertandingan ratu cantik Miss/Mrs Plus World Malaysia 2020
(MPWM 2020) bagi membincangkan beberapa perkara berbangkit setelah mula
mendapat kecaman dari warganet berikutan dari program tersebut yang disifatkan
bertentangan dengan tuntutan agama Islam.
Namun ia terus mencetuskan perbahasan apabila ramai yang
menyangka bahawa Dewan Pemuda Pas Malaysia itu akan menentang sekeras-kerasnya
pertandingan tersebut. Pas terkenal dengan laungan memartabatkan Islam dan
menentang sebarang tindakan yang disifatkan bertentangan dengan syariat agama
ketika menjadi pembangkang.
Penganjur program melalui Facebook rasmi Miss Plus World
Malaysia/Ms Plus Intercontinental Malaysia telah memaklumkan bahawa pihak
mereka bakal bekerjasama dengan Dewan Pemuda Pas bagi menjaga kepentingan
bersama.
“Perbincangan mengenai sama ada untuk batalkan malam gala atau
tidak” namun “Pemuda Pas memberi cadangan dan berjanji akan menyokong program
kami tetapi mereka meminta untuk dilakukan sedikit perubahan”.
Baca Artikel Berkaitan : Miss Plus Malaysia: Pemuda Pas minta
tukar nama pertandingan
https://utaradaily.com/miss-plus-malaysia-pemuda-pas.../
“Peganjur akan memberikan kerjasama kepada Pas untuk menyediakan
program yang
terbaik
bagi wanita di Malaysia”, katanya dalam satu hantaran ringkas di
Facebook.
Penganjur juga tidak akan membatalkan program terbabit yang
dijadualkan bakal berlangsung pada 2 Januari kecuali mendapat arahan dari pihak
berkuasa untuk membatalkan acara tersebut.
Terdahulu Yang di-Pertua Yadim, Nasrudin Hassan menyifatkan
pertandingan seumpama itu sebagai tindakan menyuburkan budaya hedonism dan
pengeksplotasian wanita. Beliau yang juga Jawatankuasa Pas Pusat berkata
penganjuran acara seumpama itu bakal memberikan isyarat kepada masyarakat
seolah-olah kerajaan Perikatan Nasional merestui program yang seumpama itu.
Dua pandangan yang berbeza dari Jawatankuasa Pas Pusat yang
kurang menyokong acara tersebut berbanding Dewan Pemuda Pas Malaysia yang
berjanji akan menyokong program-program seumpama itu.