EDDY NOR RIDZUAN
Depa kata gabungan Anwar (PKR) dan Tun hasilkan kemenangan
PRU14. Tapi apalah guna menang kalau akhirnya reputasi PH dihancurkan.
Lihatlah kedudukan kita hari ini, lihatlah di mana kita berada
pada hari ini. Kita terpaksa bangkit semula, menuever untuk mengembalikan
mandat rakyat setelah agenda Reformasi menjadi korban dek pengkhianatan.
Dan hari ini, kita nak bangkit dengan cara mengangkat PM 22
bulan yang gagal?
Mungkin saya silap, Tun tidak gagal sebenarnya. Tun setakat ini
telah berjaya memastikan gerakan Reformasi yang bermula pada tahun 1998 lalu
tidak menang sehingga hari ini. Lihatlah 22 bulan itu, apa reform yang
benar-benar berjaya?
Lihat saja bagaimana si Koya dilantik, lihat bagaimana satu demi
satu manifesto PH dilacurkan. Ini kejayaan Tun, dan kegagalan kita untuk
mengenal. Apakah kita masih tidak kenal dan membenarkan kegagalan?
Agaknya apabila ditakdirkan kita menang PRU15 nanti dengan
gabungan GC, apakah jaminan bahawa Tun tidak lagi khianat demi kesumat tidak
mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi PM?
Dulu pun sudah saya timbulkan persoalan ini, tapi depa kata
benda belum pasti jangan sesekali 'jump to conclusion'. Apakah sekarang kita
masih belum pasti?
Tepuk dada tanya hati, adakah Tun yang menolak agenda Reformasi,
atau kita juga?