Anwar kata, dia seorang pendokong demokrasi. Jika dia dikatakan
tidak boleh lagi memimpin Pakatan Harapan, dia tiada masalah untuk berundur
jika PH memilih tokoh yang lebih baik dari dia. Dia sedar tiada insan yang
sempurna. Cuma dia nasihat, janganlah pilih orang yang pernah memimpin PH
tetapi gagal.
Aku setuju, orang itu bukan sahaja gagal dan kerap mungkir
janji, tetapi cuba untuk khianat, membunuh PH dengan niatnya untuk mewujudkan
kerajaan perpaduan. Satu kerja yang tidak masuk akal lagi bodoh untuk
memilihnya.
Jika orang tua itu juga yang digilai oleh PH, maka aku yakin Keadilan tiada masalah untuk solo. Mustahil Keadilan sanggup berada bersama kumpulan yang sebodoh itu.
Keadilan, Dap dan Amanah ok je. Siapa kata bergaduh? Yang bergaduh tu adalah di antara pemuja saka tua dengan anti saka tua..
W.FAUDZIN