Ahli Parlimen Pasir Gudang tawar diri disuntik vaksin Covid 19


Terima tekanan, Hassan Karim letak jawatan Pengerusi PKR Johor | Astro Awani


Ahli Parlimen Pasir Gudang tawar diri disuntik vaksin Covid 19

Terdapat pelbagai pandangan mengenai vaksin anti Covid 19 yang bakal dibeli Malaysia. Golongan yang mempertikaikan keberkesanan vaksin yang dianggap belum cukup teruji itu mungkin enggan menerima suntikan wajib pada tahun hadapan.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dengan ikhlas menawarkan dirinya sebagai rakyat Malaysia pertama disuntik vaksin berkenaan bagi menghilangkan keraguan akan keselamatan vaksin tersebut dalam jiwa rakyat Malaysia.

“Bahawa saya, Hassan bin Abdul Karim Ahli Parlimen Pasir Gudang dengan sesungguhnya dan suci hati mengisytiharkan saya menawarkan diri untuk menjadi orang pertama dalam kawasan Parlimen Pasir Gudang untuk menerima Vaksin menentang Covid-19.

“Tujuan saya membuat pengisytiharan ini untuk memberi keyakinan kepada rakyat di Pasir Gudang, di Johor dan di seluruh Malaysia bahawa Vaksin yang akan digunakan dalam program suntikan kelolalan Kementerian Kesihatan Malaysia adalah selamat,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru, Hassan menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-samalah memerangi pandemik Covid-19 untuk mendapatkan kembali kebebasan, kemerdekaan dan cara hidup sebagai masyarakat manusia yang bermaruah seperti sebelum ini.