Aeogram Pas.
TUTUP LAMPU MARI MASUK DALAM KELAMBU
Selepas Asar petang semalam saya memenuhi permintaan seseorang
untuk bertemu sambil minum petang. Dengar percakapan ini dan ada rumusan di
bawah:
"Dah guane dengan Amanah ni, syeikh?" orang itu
membekah cerita.
"Guane apa pula?" saya tanya secara pandir.
"Nak jadi apa dengan parti ni," katanya.
"Dah kenapa?" soal saya buat-buat tolol Haji Mahmud
Peler Buta. Saya tak ada kena mengena langsung dengan Amanah hanya pemerhati
politik sahaja.
"Ana tak faham dengan parti ini, celaru biru,
habihh..." runggutnya mempamerkan wajah yang seban macam perempuan datang
bulan.
"Celaru lagu mana pulak?" saya buat-buat tak faham
sengaja mengutir hatinya. Biar dia rasa sakit dan saya boleh lepas geram.
Sebenarnya saya dah malas nak bercakap tentang parti yang satu ini.
"Dah, kenyataang boleh sapa-sapa buat, macam tak ada
koordinator saja, presideng buat kenyataang, timbalang presideng buat
kenyataan, ketua komunikasi buat kenyataang.... semua nak buat
kenyataang", katanya.
"Dah bapka, salah ke? Kata saya lagi sedikit pening pening
lalat hijau kena lidi.
"Sepatutnya biarlah presideng sahaja yang buat kenyataan
dalam hal-hal penting berhubung kerjasama dan sikap dalam PH. Atau serahkan
kepada Setiausaha Agung sebab SUA adalah orang dibenarkan secara rasmi. Baru
tak nampak bercanggah dan bergomol sama sendiri," katanya.
"Dah kita buat keputusang sokong Anwar bersama PH, apa
paedah lagi pegi jumpa Doktor Mahathir," getusnya lagi. Oh disebut juga
OT95.
Saya hanya membatu sesekali menghirup kopi long black yang dia
belanja. Cukup pahit dan ada sedikit rasa tengik. Saya mengira komen itu
merujuk kepada kenyataan terbaru oleh Salahuddin Ayub yang bersetuju dengan
pembentukan gagasan baru pembangkang membabitkan semua parti termasuk parti
Inkubator. Kenyataan dibuat Salahuddin itu dilihat rasmi kerana dikeluarkan
kenyataan itu atas kertas bercop parti itu.
Selepas berbual hampir satu jam setengah dah nak masuk Maghrib,
akhirnya saya rumus berpandukan kepada apa disebut kawan itu dan menyelami
keresahan dan ketergangguan jiwanya.
Kenapa parti itu mengalami hal demikian, celaru biru di
peringkat bawah, ahli berkekah sesama sendiri, ada negeri berpecah sampai empat
kumpulan, ada Adun yang lari malam dan tikam belakang dan sebagainya ialah
kerana satu perkara sahaja leadership, kepimpinan. Amanah menghadapi masalah
kualiti kepimpinan. Leadershipnya sangat lemah.
Kelemahan ini berkebetulan pula kerana "kedompokan"
ahli bawahan yang tidak diterbiyah. Diberi kefahaman mengenai tanggungjawab sebagai
ahli, menjaga keaiban parti, diajar cara berorganisasi dan jangan berkekah
sesama sendiri. Hal ini tidak dipantau oleh pemimpin. Inilah saya sebut sebagai
kelemahan.
Dalam perhatian saya ada sesetengah ahli Amanah khasnya dari
golongan muda bertimbuk bertakel sesama sendiri kerana perbezaan taukeh. Mereka
bukan timbuk lawan tetapi timbuk godan sama sendiri. Mereka jadi anak ayam
dalam reban yang tak cukup sagu terpaksa makan pongek kawan. Patut jubur sesama
sendiri. Cinama...
Sebagai solusinya Amanah kena perkemas dan mantapkan
leadershipnya. Semua pihak kena kembali kepada semangat asal semasa hendak
tubuh parti itu. Masing-masing kena rela, terbuka ikhlas dan penuh iltizam
seperti awal dahulu lagi.
Dalam perhatian saya parti ini mulai rosak, jadi tidak menentu
apabila selepas menang pilihan raya, apabila MP dilantik jadi menteri dan
timbalan menteri. Pelantikan itu menyebabkan semua lupa diri, asyik menghidu
aroma baju dan seluar baru. Malangnya urusan parti tidak dibuat atas alasan
semua orang di pejabat parti berpindah ke pejabat menteri. Bila menang, kubu
perang ditinggalkan.
Nah sekarang semua dah kena tinggal pejabat menteri di
Putrajaya, elok kembali semula ke pejabat parti di Jalan Ipoh kembali ke kubu
semula dan bekerja semula, urus keahlian parti dan kemaskan logistik parti
untuk menghadapi pilihan raya. Amanah perlu mengambil sikap sendiri tidak perlu
layan angan dan mimpi Anwar Ibrahim dan OT95. Tidak perlu pergi berjumpa dengan
Tengku Razaleigh kemudian masukkan gambar dalam Fb. Atau berjumpa dengan
pemimpin PN dalam gelap.
Dan jika perlu, kalau Amanah memahami dan sedar bahawa presiden
atau timbalan presiden gagal memainkan peranan penting dan besar itu, sedia
memikul tanggungjawab, Amanah boleh menukar mereka. Sistem pemilihan Amanah boleh
tukar presiden dan timbalan presiden tanpa melalui kongres.
Presiden, timbalan presiden dan eksekutif lain dilantik dari
kalangan 27 Ahli Jawatankuasa yang dipilih dalam kongres. Majlis kerja boleh
bersidang berjemak berkira, cari dalam kalangan mereka 27 itu (tidak termasuk
Husam Musa) lantik mereka jadi presiden atau timbalan presiden yang baru.
Sistem dibuat Amanah ini unik.
Dalam hal ini Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub juga perlu
bersikap berani, ikhlas dan terbuka untuk menawarkan diri berundur dari jawatan
utama itu. Jika mereka sayangkan parti lakukan jangan berdolak dalih. Jika bahu
tak kuat jangan terus pikul beban berat. Bahaya. Habis cerita, tutup lampu
embus pelita, masuk ke dalam kelambu. Trims.