Saya bersetuju dgn pandangan Prof Datuk Dr Lokman mantan TKP/KKM
dan lain lain pakar kesihatan yg menyatakan Malaysia terlalu ghairah mengenakan
sekatan MCO dirata rata tempat walaupun kes kes penjakitan yang mendadak
tertempu kpd kawasan “outlier” sahaja saperti Sabah dan Labuan. Tindakkan MKN
dan KKM saperti ini amat menyusahkan kehidupan rakyat lebih lebih lagi dgn
penutupan sekolah terlalu lama. Saperti kata banyak pakar, amat mustahil untuk
memghapuskan virus Covid19 sama sekali. Olih itu, jangan lah terlalu ketat dgn
MCO kerana lagi lama ekonomi terjejas dan lagi lama kanak kanak tidak
bersekolah, lebih parah kesan nya atas masa depan rakyat. Yang akan merana
ialah gulungan miskin yang bergantung kpd perniagaan harian di gerai dan tepi
jalan. Juga pekerja swasta pun semakin susah hidup mereka.
Walaupun ada bantuan kerajaan, setakat mana kewangan negara
bolih tahan membelanja begitu banyak menolong rakyat. Apabila kewangan kerajaan
jadi merosot, seluruh ekonomi akan runtuh, menjadikan Malaysia “a failed
state”. Kejadian ini amat merbahya kpd keselamatan dan ketenteraman negara dan
sosial.
Banyak pakar di Malaysia dan negara luar menyatakan setiap
sekatan yang hendak dilaksana perlu lah berpandu kpd “evidence based public
health intervention” supaya meyakinkan rakyat bahawa sesuatu perintah sekatan
yg ketat betul betul perlu dikenakan bagi kawasan itu.
Institusi antarabangsa iaitu UNICEF, WHO, UNESCO telah
menegeluarkan garis panduan tentang pengawalan sekolah perpandu kpd
“Transmission level at district/sub district level”. Jika Malaysia mengguna
garis panduan yg terperinci ini, tidak lah perlu menutup semua sekolah begitu
lama. MKN perlu mengguna data yg terperinci mengikut “Infectivity Rate”
diperingkat daerah untuk membuat kawalan MCO yg scientific dan professional.
*Tan Sri Mohd Sheriff bin Mohd Kassim*