BOB KELANANG
TAMAK!!! DUN Kelantan lulus naik gaji Adun dan Exco, rakyat
melarat makan pasir
Dewan undangan negeri (DUN) Kelantan sebulat suara meluluskan
rang undang-undang (RUU) saraan anggota pentadbiran dan ahli-ahli dewan negeri
pindaan 2020.
RUU itu dicadangkan timbalan menteri besarnya, Mohd Amar
Abdullah sebagai suatu enakmen dengan tiga kali bacaan.
Mohd Amar (PAS- Panchor) ketika membentangkan cadangan tersebut
berkata, pindaan dikemukakan berikutan keadaan terkini yang mencabar kepada
anggota-anggota pentadbiran dan Adun.
Ia, katanya, juga bagi menyelaraskan dengan elaun di
negeri-negeri lain.
“Selain daripada itu, tugas anggota pentadbiran dan Adun semakin
berat dan membawa harapan tinggi daripada rakyat terutama berhadapan dengan
pandemik Covid-19.
“Oleh yang demikian kerajaan mencadangkan pindaan dibuat ke atas
RUU berkenaan.
“Adalah diharapkan dengan pindaan ini akan mendorong anggota
pentadbiran dan ahli-ahli yang berhormat untuk bekerja lebih gigih dan membantu
untuk berkhidmat kepada orang ramai pada tahap yang maksimun,” katanya pada
Persidangan DUN Kelantan di Kota Bharu, hari ini.
Selepas pembentangan itu Speaker DUN Kelantan, Abdullah Yaakob,
memberi laluan untuk cadangan tersebut dibahaskan, namun tiada seorang pun
wakil rakyat berbuat demikian sekali gus diluluskan sebulat suara.
Kenaikan itu akan berkuat kuasa pada 1 Januari depan.