Tak munasabah banding gaji ADUN kelantan dan negeri maju
MSO
PKPIM berpendapat cadangan menambah gaji wakil rakyat Kelantan bagai mengurangkan jurang gaji dengan wakil rakyat negeri lain disifatkan sebagai tidak munasabah.
Kata Yang Dipertua PKPIM Kelantan, Muhammad Aqil Iqbal Mohd Zulkiffli apa yang patut dilakukan sediakan peluang pekerjaan bagi mengurangkan pengangguran. Apa yang lebih baik tegasnya kerajaan membincangkan untuk selesaikan masalah ekonomi rakyat.
Syabas kepada PKPIM Kelantan. Macam mana pula dengan NGO atau gerakan mahasiswa dan terpelajar lain? Apa komen mereka. Sebuah Ngo dikira hebat juga di Kelantan ialah Himsak dan Gamis. Tetapi Ngo ini kurang bersuara memberi apa-apa pandangan tetapi lebih seronok mengadakan majlis, pertemuan dan makan-makan dengan menteri sahaja.
Sepatutnya Himsak dan Gamis juga menjadi jurubicara rakyat dan bukan hanya menilik kepada nasib mereka sahaja. Mahasiswa adalah pemimpin masa depan sepatutnya mempunyai pandangan jauh dan mata tajam melihat permasalahan rakyat. Letakkan intelektual anda di tempatnya.
Jangan apabila dijamu dan diberikan goodies mulut mahasiswa terkunci terus atau jadi birat.
Mso Trims