NORMAN RADZUAN
Syukurlah jika Anwar lepaskan jawatan Ketua Pembangkang
SUDAH SAMPAI MASANYA PKR BERSENDIRIAN
Saya sangat bersetuju jika benar DS Anwar Ibrahim ingin meletakkan
jawatan sebagai Ketua Pembangkang dan Pengerusi PH. Ia adalah baik untuk rakyat
dan PKR sendiri. PKR kena move on segera.
1. Ia lebih memudahkan PKR parti pelbagai kaum ini membawa hala
tujunya tanpa gangguan-gangguan yang merimaskan. Jika PKR terus bersama PH yang ada Amanah
di dlmnya ia hanya menyukarkan agenda PH dibuat. Lagipunnl PKR adalah parti yang
disertai pelbagai kaum di seluruh Malaysia.
2. 8 bulan PH dilemahkan oleh Mahathir apabila dari pemimpin
hingga penyokong PKR dan Amanah sering bercakaran. Masa terbuang begitu sahaja
akhirnya fokus untuk menumbangkang kerajaan kleptokrasi. Gangguan Mahathir bukan
sahaja menghancurkan harapan rakyat dan PH tetapi PKR sendiri.
3. PKR fokus kepada negeri Melaka, N9, Selangor dan PP serta
beberapa Parlimen di Johor, Kedah dan Perak. Manakala DUN yang mempunyai 30-60%
Melayu di pantai barat wajar PKR bertanding.
4. Elakkan pertembungan kerusi bersama DAP walaupun tidak
bersama lagi di dlm PH. Kerusi yang ditandingi DAP biarkan parti itu bertanding
semula. Walaupun tiada lagi kerjasama di dalam PH tetapi ia lebih memudahkan
tugas PKR menyakinkan rakyat terutama orang Melayu. Biarlah selepas PRU15 nanti
perbincangan antara parti-parti yang ada akan membentuk kerajaan.
5. Kumpulkan kembali pejuang-pejuang yang mahu kembali bersama PKR dan
wira-wira baru yang mahu bersama PKR dalam pembinaan semula parti ini. Abaikan mulut
penyokong yang hanya mahu mengikut kemahuan mereka siapa pemimpin yang boleh
menyertai parti ini.
6. Rafizi, Husam Musa, Saari Sungib, Ezam, Nurul Izzah, Siti
Aishah, Fahmi, Saifuddin Nasution, Fuziah Saleh, Akmal, Iswardy, Syamsul
Iskandar, Nik Nazmi, Wong Chan dan ramai lagi mesti dikumpulkan sebagai
pemidato-pemidato membantu DS Anwar Ibrahim dalam kempen PKR untuk PRU 15 nanti. Ini bukan
masa kita bercerita kisah-kisah silam lagi dia pengkhianat dan sebagainya.
7. Masa sudah terlalu suntuk. PKR mesti bina semula kekuatan
baru secara sendirian. Jangan lupa jalinkan hubungan baik dengan Reformis 98 dan
Blogger-bloggers yang ada. PKR kena guna segala senjata yang ada untuk membentuk pasukan yang
jitu bila secara sendirian.
Jika ia berlaku akan memberi kelebihan yang besar kepada PKR. Lebih
dari itu fokus terutama penulis blogger, penulis dan penyokong PKR boleh fokus kepada isu yang asas iaitu menumbangkan kerajaan PN tanpa gangguan Mahathir dan Amanah
yang boleh dianggap dalam daging di dalam PH.
8. PKR wajib mengambil kawasan-kawasan seperti Titiwangsa, Kota Raja,
Shah Alam, Sepang dan beberapa Parlimen lagi kerana itu adalah kubu kuat PKR.
Jangan kecewakan ahli PKR di kawasan tersebut.
9. Biarlah Amanah bersama Mahathir. Amanah parti besar sebab
itulah mereka tidak lagi menghormati DS Anwar. Bagi mereka Mahathir jauh lebih
berpengaruh dan mampu membawa perubahan untuk masa depan rakyat. Hormati sahaja
pendiran Amanah tersebut dan tidak perlu lagi penyokong-penyokong PKR melayani karenah
pemimpin dan ahli-ahli Amanah lagi.
10. Jika ia berlaku dalam tempoh beberapa bulan PKR akan menerima
puluhan ribu keahlian. Cukup sekadar PKR fokus dengan idealisma Reformasi
perubahan untuk rakyat Malaysia.
Bagi saya walaupun tidak berparti saya menyokong penuh jika DS
Anwar mengambil keputusan meletak jawatan sebagai Pengerusi PH dan Ketua
Pembangkang. Saya yakin rakyat ramai rakyat akn bersama DS atas segala
pengorbanan yang DS lakukan selama ini telah banyak merubah pemikiran orang Melayu yang
taksub dan diperbodohkan oleh parti UMNO.