SILA BENCI MAHATHIR

 

"Kalau kau benci Mahathir, jangan suruh orang lain benci sekali. Kau nak kecam Mahathir, tak payah paksa orang lain kecam sekali."

Banyak aku nampak statement ini. Dari pemimpin utama sampai ke ahli biasa. Persoalannya, siapa suruh benci dan kecam Mahathir?

Kita cuma minta kenyataan tegas menyebut yang tiada kerjasama dengan sesiapa di luar PH. Siapa yang mahukan sokongan PH, join PH.

Itu sahaja. Apa yang susah sangat nak buat? Bukan suruh korang maki hamun Mahathir. Tak perlu. Yang kita mahu hanya penegasan. Tak lebih.

"Takkan nak minum kopi dengan Mahathir pun tak boleh?" Laa... Siapa kata tak boleh? Jangankan minum kopi, nak tidur rumah Mahathir pun boleh.

Pokoknya, kita nak dengar dari mulut semua pemimpin yang Mahathir bukan option. Yang dalam segala hal, hanya PH sebagai solusi. Itu sahaja.

Penting sangat ke tolak Mahathir?

Penting. Terlalu amat sangat penting. Pertamanya bagi meyakinkan pengundi atas pagar yang PH itu adalah satu unit yang padu.

Keduanya bagi meletakkan Mahathir di tempat sepatutnya. Ketika ini Mahathir masih terawang awangan berasakan dirinya masih relevan.

Dan dia gunakan itu untuk merosakkan PH. Korang boleh lihat buktinya sekarang ini. Statement tolak Mahathir akan buat dia senyap. Bahkan mungkin bersara terus. Sekali gus memperkukuhkan PH.

Mungkin juga, Mahathir akan menunjukkan belang yang sebenar iaitu berpatah balik kepada PN. Hari ini, Mahathir bertahan sebagai bebas hanya untuk pastikan PH runtuh. Kalau dia sah ditolak, tiada keperluan untuk dia berlakon lagi.

Mana-mana pemimpin PH yang tidak berani dengan tegas menolak Mahathir, maka adil kalau kita katakan orang itu sebenarnya api dalam sekam.

Amacam? Berani?

- R a j a G e l a p -