Pegawai khas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Abdul Rahman Yusof menyifatkan rakyat sudah tidak percaya lagi dengan kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan dan menyebabkan berlakunya krisis politik yang berpanjangan di negara ini.
Beliau berpandangan, perkara ini tidak akan berlaku jika Mahathir tidak memungkiri janjinya untuk menyerahkan kepimpinan kerajaan kepada Anwar.