PKR perlu berubah, singkir kartel
Oleh: Mohamad Saja
Saya sampai sekarang tak faham kenapa ada tuduhan Amanah tak sokong Anwar. Kalau yang ada pun adalah kritik kerja politik Anwar tak jaga parti khusus bagi peluang kartel di Selangor bermaharajalela melalui proksi MB Amiruddin.
Yang lain itu mungkin saya tak follow sangat komen Amanah tak sokong Anwar. Bagi saya kalau ada pun mungkin komen ‘nangoi’ budak baru politik. Baru nak up.
Kenapa nak komen pasal Amanah tak sokong Anwar. Amanah saya tengok kuat menyokong PKR dan Anwar. Kalau tidak taklah sampai YB Amanah masuk PKR.
Sepatutnya depa patut komen Anwar tak tegas dalam pelaksanaan kerja politik dia. Cuba dia pecat Amiruddin. Nanti hang pa tengok baru PN kelam kabut.
Pas dah kuasai PN?
Skrg ni ketua pemuda Pas dah jadi Ketua Pemuda PN. Maknanya tak lama lagi MN kelaut la.
Mana boleh kerja politik makan dua kolam. Pas ni setia hanya pada Azmin sebab masa Pas nyawa ikan, Pas selangor masih ada ruang dekat masjid di Selangor. Sekarang duit dah turun ke Selangor melalui Pas Selangor kerana lawan Azmin dan PN di Selangor adalah PH dan Umno.
Ini ura-ura Anwar nak kawan dengan Umno. Lagi la Azmin cuak. Kalau nak tengok Gombak bergolak buang Amiruddin sebagai pemangku Ketua Cabang.
Ganti dengan Mustafa Kamil sebab level Azmin adalah Mustafa Kamil yang bertembung dengan beliau ketika pemilihan PKR 2010 dulu.
Dari dulu saya faham satu benda saja. PN melalui kartel Azmin tak boleh kerja dengan Umno. Azmin dari dulu ada kerjasama dengan Pas. Kalau nak bunuh politik Azmin di Selangor pecat saja Amiruddin. Tak sampai seminggu, politik PN mesti berubah corak.
PRU 3 penjuru
Saya tak percaya PRU15 dua penjuru. Macam mana Umno nak buat gerak kerja kalau dalam Umno sendiri ada dua kumpulan. Dengan wujudnya PN banyak calon pilihan raya kawasan di kalangan Umno tak selamat.
Cuma Umno ni kalau duit turun depa boleh kerjasama. Dari itu jika kita nampak bajet mula turun kepada orang Umno di Selangor, kemungkinan dua penjuru wujud.
PN parti tiada sokongan. Hidup dengan tongkat. Di Kedah, Kelantan, Sabah dan Terengganu dia kuat sebab Azmin lepaskan duit Petronas untuk kuat PN dan Pas. Tapi dalam tu duit tak turun ke Umno. Di Johor dan Perak, Pahang tiada laluan sebab Umno control.
Di Selangor ada Amiruddin. orang PKR marah Anwar sebab bagi ruang Azmin hidup dengan tongkat kuasa Amiruddin.
Tengok Gombak dan Ampang, macam rumah hantu. Azmin keluar rumah sampai takda tuan rumah. Last hantu mula sembang itu rumah dia.
Hans Isaac dan Senator Yaakob Sapari. Apa lagi dua orang hantu ni dah masuk claim itu tempat dia. Anwar pula tak mengerakkan siapa patut ada di sana. Mana orang Amanah tak marah. Gombak Setia dulu Amanah, bagi kat Hilman. Akhir Amanah lenyap tinggal nesan.
Tak ada siapa jaga
Ampang, habis ranting keluar ikut Zuraida. Sampai skrg takda sapa mengaku mengerak kerja politik di sana. Last Amiruddin letak kartel jaga Ampang dan Gombak.
Anwar buat apa. Jangan kata saya tak sokong Anwar. Ia isu tentang gerak kerja politik. Bila tiba-tiba PRU ingat senang nak buat gerak kerja parti.
Ia bukan hanya kerja untuk dapatkan Putrajaya. Kerja politik peringkat cabang perlu juga digerakkan. Saya ambil peluang nak gesa supaya Pengerusi Keadilan Negeri diberi kepada Ketua Cabang lain. Saya gesa Pengerusi negeri bagi dekat YB Abdullah Sani.
Amiruddin biar kekal MB. Sebab Pengerusi negeri penentu calon Parlimen dan DUN. Kalau Amiruddin tak nak ubah GLC negeri, Pengerusi Keadilan boleh buang nama dia sebagai calon dan boleh letak orang baru jaga Ampang dan Gombak.
Tak kan nak bagi dekat Yaakob Sapari. Dia cakap pun saya tak faham. Cukuplah jadi Dun dan Senator. Macam Selangor ni takda orang yang lagak. Kalau PKR Selangor tak berubah. Rakyat akan ubah PKR.