'MUKA
TEMBOK'
1. Cuba
dengar klip video yang disertakan dengan teliti serangan, cemuhan,
tuduhan dan kata - kata kesat Muhyiddin terhadap UMNO dan PAS
tidak berapa lama dulu.
2.
"UMNO Adalah Parti PEROMPAK dan PAS Pula Parti
Yang Kononnya Memperjuangkan Islam, Tapi MENYOKONG PEROMPAK; Islam Apa
Ini ?"
3.
"SAYA TIDAK AKAN KEMBALI ATAU BERSAMA
UMNO LAGI - SATU PEROMPAK DAN SATU LAGI PENYOKONG
PEROMPAK - NO WAY"
4. Apakah tindakan
beliau membuat U-Turn atau Pusingan U kini terhadap UMNO dan
PAS yang pernah beliau caci itu HANYA SANDIWARA SEMATA -
MATA bagi MENDAPATKAN SOKONGAN mereka atau beliau benar
- benar SUDAH INSAF dan MENYESAL kerana segala apa tuduhannya
itu adalahu PEMBOHONGAN DAN FITNAH yang sengaja dibuat
bagi MENDAPATKAN SOKONGAN rakyat?
5.
Muhyiddin KENA JELASKAN kepada UMNO,
PAS dan umum di atas PENIPUAN dan FITNAH
itu dan tampil mengakui bahawa UMNO dan PAS
adalah Parti yang BERSIH dari AMALAN RASUAH
DAN SALAHGUNA kuasa - jika dengan Allah SWT kita
sentiasa memohon ampun, apatah lagi sesama manusia, tambah pula sebangsa dan
seagama.
6. Jika
enggan atau gagal berbuat demikian maka ia bermakna Muhyiddin
sanggup berpelukan dengan PEROMPAK dan PENYOKONG
PEROMPAK semata - mata kerana gilakan kuasa.
7.
Dalam erti kata lain beliau sanggup berbuat apa sahaja termasuk
MENJILAT LUDAH DAN KAHAKNYA SENDIRI bagi
memenuhi nafsunya.
8.
UMNO dan PAS pula sah TIDAK kisah atau
peduli atas serangan dan tuduhan Muhyiddin terhadap
mereka kerana apa yang dituduh itu mungkin benar ASALKAN mereka dapat kekalkan
jawatan Menteri, Timbalan Menteri dan Pengerusi GLC.
9.
Justeru tidaklah keterlaluan jika Pemimpin dan
Ahli-Ahli Bersatu, UMNO dan PAS seperti:
‘MUKA TEMBOK’
Tidak
bermaruah dan tidak ada perasaan malu langsung.
10. Muhyiddin,
Zahid dan Hadi JANGAN FIKIR rakyat tidak
tahu dan tidak nampak PERMAINAN KOTOR mereka yang
HANYA PENTINGKAN DIRI dan JAWATAN
dari memikirkan hal rakyat di bawah ini.
11.
PEMBELOT dan PENGKHIANAT Azmin dan Hamzah pula
senantiasa berfikir langkah - langkah seterusnya
yang perlu dihidangkan kepada Muhyiddin yang bak
kata Khairuddin Abu Hassan mempunyai 'OTAK UDANG'.
12.
Muhyiddin ibarat pengantin yang dihias, dipakaikan
pakaian pengantin, dipimpin ke pelamin, dibawa memotong kek, ke meja
makan dan akhirnya diusung ke pintu keluar untuk bersalaman dengan
tetamu dan diucapkan - SELAMAT PENGANTIN BARU!;
tak perlu berfikir kerana semuanya dibereskan oleh tukang
andam - Azmin dan Hamzah Zainuddin.
13.
Muhyiddin PASTI jatuh seperti durian
yang menunggu masa saja untuk gugur, jika tidak jatuh secara baik ke
dalam jaring ia pasti jatuh ke atas tanah dan mungkin bergolek ke dalam
longkang.
14. Apabila sampai
musimnya SEMUA durian yang di dahan akan turut gugur sama.
15.
APABILA NYAWA SUDAH SAMPAI KE
HALKUM, MASA ITU ALLAH TIDAK LAGI TERIMA
TAUBAT.
16. Tambah
pula Pembentangan Belanjawan atau Budget 2021 merupakan
'BELANJAWAN HAPRAK' yang kononnya bagi membantu mengatasi
kesusahan rakyat tetapi ianya setakat:
'Melepas Batuk
Di Tangga'
17. Lidah
Propanganda Kerajaan, JASA dihidupkan semula dengan
peruntukan sebanyak RM81 juta; sekiranya benar Ketua Pengarah JASA
yang bakal dilantik adalah penyokong kuat Azmin maka tak salahlah jika
dikatakan JASA yang diwujudkan semula itu akan digunakan untuk menguatkan
Muhyiddin dan Azmin.
18. Lihatlah
sendiri Peruntukan Keperluan Hospital / pesakit
yang di potong begitu sahaja tanpa peduli penderitaan rakyat:
19.
'SEPANDAI -
PANDAI
TUPAI
MELOMPAT
PASTI JATUH
KE TANAH JUA’
Wassalam
Terima Kasih.