MANA WALAUN PAS ISU ARAK DAN BEER


Image may contain: one or more people, text that says "25 JUMLAH KES 3 KES BAHARU TERTINGGI SEHARI MAKI HAMUN KERAJAAN!! DESAK LETAK JAWATAN!! KEMATIAN SR 56,659 JUMLAH KES 1,884 KES BAHARU TERTINGGI SEHARI 337 KEMATIAN Tiba-tiba kenapa.. WALAUN PAS DAN MACAI UMNO JADI BISU?"


FAEZUDDIN PUAD

1. Mana walaun PAS? Lama tak nampak. Isu bir masih dibenarkan dijual tak ulas, isu Covid-19 naik mendadak tak ulas, isu pemandu mabuk tak ulas, isu kematian adib senyap, bila tarikh pelaksanaan RUU355/hudud pun tak tuntut.

2. Waktu PH perintah nampak garang, kononnya 'Singa Islam'. Sikit saja isu timbul, pasti mereka akan desak PM letak jawatan, menteri letak jawatan. Sekarang? Menikus.

3. Jika PAS ikhlas dengan perjuangan mereka yang dilaungkan selama ini, sudah pasti mereka akan beri kata dua kepada Muhyiddin. Satu contoh misalnya jika Muhyiddin tidak benarkan pindaan RUU355 dijadikan urusan kerajaan dan dibentang dalam Dewan Rakyat maka 18 Yang Berhormat daripada PAS akan tarik sokongan dan PN akan tumbang.

4. Ini barulah Singa Islam!

5. Namun perkara ini tidak berlaku, nampaknya kerusi empuk di Putrajaya lebih utama untuk dipertahankan. Bayangkan RUU355/hudud yang dikatakan nyawa PAS itu pun tidak lagi diperjuangkan apatah lagi isu-isu yang lain.

6. Lalu apa lagi orang melayu Islam nak harap kepada PAS?

Wallahualam.