Sesiapa yang jadi Admin Page dinasihatkan lebih pro-aktif
menyemak, melakukan "due-diligent" dan "self censorship".
1) Lihat penafian yang kelamkabut terpaksa dibuat oleh Dato' Wan
Rahim (DWR). Kenapa jadi begini? Sebab ada artikel sampah disiarkan di Page
beliau. Artikel yang "provoke" dan menghina DSAI serta para penyokong
beliau. Sepatutnya admin tidak membenarkan artikel seperti ini disiarkan. Biar
penulis itu tulis di wall dia sendiri.
2) Saya almost hilang sabar bila ada sahabat yang whatsapp suruh saya
tengok artikel itu beberapa hari lepas Saya mohon maaf kerana berbahasa kesat
dalam menegur penulis, admin dan anggap artikel itu sampah, jangan salah guna
Page DWR untuk menghentam DSAI, PKR dan penyokong-penyokongnya.
3) Yang membuatkan saya rasa sangat kesal kerana langsung tidak
menyangka sampah seperti itu disiarkan di Page DWR yang saya kenali sebagai
seorang pemimpin yang baik, bijak dan berhemah. Orang lama yang saya sanjung. Taiko
yang saya hormati.
4) CUBA Lihat apa jadi bila ada orang hanya hantarkan Printscreen
/ Screenshot bahagian yang tiada nama sahaja kepada DWR? Walhal, jika kita guna PC atau
Laptop kita akan dapati ia perlu di printscreen 3 bahagian. Saya sertakan contoh
di bawah.
5) Tapi apa niat orang yang sebarkan Prinstscreen itu? Kenapa dia
tak siar penuh 3 Printscreen / SS??? Sebab yang no 1 dan 3 boleh nampak siapa
penulisnya. Inilah MO pengadu domba.
6) untuk menjelaskan perkara itu, maka saya buat satu
Screencapture Video dan dihantarkan kepada DWR dan Page berkenaan sebagai
pencerahan. Semoga ia bermanfa'at dan jadi pengajaran kepada kita semua.
Wallahualam.
- Zus Din
22 November 2020