DILULUSKAN TETAPI PN BELUM SELAMAT.

 BELANJAWAN 2021DILULUS

Selepas Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengumumkan pelbagai peruntukan tambahan termasuk kebenaran mengeluarkan wang dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti yang dituntut pelbagai pihak belanjawan 2021 yang menarik perhatian ramai sejak beberapa hari lalu, akhirnya diluluskan melalui undi suara di Dewan Rakyat hari ini.

Cubaan Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) yang mahu pengundian dibuat secara en bloc tidak kesampaian apabila cadangan itu gagal mendapat sokongan sekurang-kurangnya 15 ahli parlimen. Ketika semakan dibuat kakitangan Dewan Rakyat hanya 13 ahli parlimen yang berdiri untuk menyokong cadangan Mahfuz.

Pengundian hari ini adalah kekangan pertama yang perlu dilalui belanjawan kerajaan Perikatan Nasional itu. Selepas ini ia akan dibawa ke peringkat jawatankuasa untuk dibahaskan sebelum ia sekali lagi diundi sebelum diluluskan.