Cetak duit Malaysia menuju inflasi tanpa batas
Apek Cina
Dia macam ni, YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan PPBM…
(Saya cuba cakap dalam bahasa semua paham ya, kalau anda baca habis, dapatlah ilmu ekonomi sikit…)
Yang bab YB cadang cetakan duit oleh Bank Negara untuk masalah kewangan sewaktu Covid-19, saya nak cerita sikit pandangan.
Secara amnya Nilai Mata Wang Negara kita ni, disokong oleh 4 benda :
- Simpanan Emas
- Simpanan Mata Wang Asing
- Pengeluaran Negara ( Sumber Asli / Pengeluaran Kilang / Pertanian )
- Fiat (kepercayaan dan keyakinan terhadap Kerajaan yang menetap nilai mata wang)
Apakah maksud ‘disokong’?
Contohnya:
Nilai Ringgit adalah 1 USD kepada 4 Ringgit…
Tiba-tiba, terdapat permintaan terhadap getah di Malaysia. Seluruh dunia nak beli getah Malaysia yang merupakan point ketiga di atas (Pengeluaran sumber Asli).
Kalau seorang dari Amerika nak beli getah Malaysia, dia kena beli Ringgit dahulu. Maka dia akan guna USD untuk membeli ringgit, dan ringgit untuk membeli getah.
Apa akan terjadi? Permintaan Ringgit akan naik mendadak, dan Nilai dia jadi tinggi. Bila Nilai jadi tinggi, maka mula-mula 1 USD boleh dapat 4 ringgit, sekarang hanya dapat 3 ringgit.
Begitu juga sama dengan Nilai Emas dan Nilai Matawang asing.
OK. Sekarang kita paham, ringgit disokong oleh 4 benda di atas.
Sekarang masuk topik tentang cetak duit.
Saya bagi contoh satu lagi :
Andaikata, Malaysia hanya ada
- RM 1,000 di seluruh pasaran
- 1,000 orang rakyat di seluruh negara
- 1,000 bungkus nasi lemak
Maka, setiap orang akan membeli 1 bungkus nasi lemak dengan RM 1.
Kalau kita cetak extra RM 1,000 dan buang ke dalam pasaran, jumlah rakyat sama, jumlah nasi lemak sama, apa akan terjadi?
- RM 2,000 di seluruh pasaran
- 1,000 rakyat di seluruh negara
- 1,000 bungkus nasi lemak
Maka harga nasi lemak akan naik jadi RM 2, dan setiap orang masih hanya mampu beli sebungkus nasi lemak.
Fenomena ini dipanggil “Inflasi yang disebabkan pencetakan duit tanpa disokong“.
Adakah pencetakan duit ini satu benda yang tidak boleh dilakukan dalam teori ekonomi? Tidak…
Saya ambil contoh 1 tadi, permintaan antarabangsa terhadap getah Malaysia naik mendadak.
Nilai ringgit naik. Dulu 1 USD – 4 ringgit, sekarang jadi 1 USD – 3 ringgit.
Apa berlaku? Benda keluaran Malaysia akan jadi lebih mahal. Dulu, kalau seorang warga Singapura nak membeli kereta Proton RM 60,000, dia perlu bayar USD 15,000.
Sekarang, dia perlu bayar USD 20,000 untuk kereta Proton, RM 60,000 yang sama.
Maka export Malysia akan jadi kurang, deflasi akan berlaku. Barang import jadi murah, kita akan beli benda luar negara dan orang luar negara tak mahu beli barang eksport dari Malaysia.
Maka GDP kita akan terjejas, banyak kilang akan tutup sebab tak ada orang mahu beli barang kita.
Masa itu, salah satu cara monetary polisi oleh Bank Negara adalah cetak wang. Permintaan atas ringgit akan diatasi dengan pencetakan wang ringgit.
Ini akan menstabilkan pasaran perdagangan Malaysia dengan luar negara.
Kalau kita cetak duit tanpa kenaikan nilai Emas, tanpa kenaikan nilai simpanan mata wang asing, tanpa kenaikan permintaan atas Pengeluaran Negara, maka hanya satu benda akan berlaku – Inflasi.
Banyak tahu tentang Inflasi di Zimbabwe sampai kertas wang 1 trillion dollar pun tiada nilainya kerana kuat mencetak tanpa disokong.
Sejak Dinasti Song, di mana matawang kertas cetak digunakan, pencetakan mata wang kertas tanpa had (tanpa disokong) telah menyebabkan kebanyakan Dinasti di China kuno runtuh, sampailah Dinasti Ming.
Kalaulah pencetakkan duit dapat selamatkan ekonomi Covid-19, Saya yakin Malysia bukannya negara pertama yang akan melakukannya.
Saya ingat Tok Abah lantik YB jadi Timbalan Menteri Belia dan Sukan, bukannya Timbalan Menteri Kewangan adalah dengan sebabnya.
Lagipun, kalau boleh pakai, saluran yang betul adalah melalui perjumpaan dengan Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Negara, bukan wawancara dengan BFM.
Sekadar pandangan saya…