BULU AYAM TERCABUT


 IBRAHIM MAT ISA

Image may contain: text that says "malaysiakini DUN Kelantan lulus kenaikan gaji Adun, exco Tiada wakil rakyat tampil membahaskan RUU itu, menjadikannya diluluskan sebulat suara. BY N FAIZAL GHAZALI 9 NOVEMBER 2020 AT 16:40 Dewan undangan negeri (DUN) Kelantan sebulat suara meluluskan rang undang- undang (RUU) saraan anggota pentadbiran abli-abli pindaan"


Hudud bagi parti Pas yang memerintah Kelantan umpama bulu ayam tercabut. Tiada lagi terikat di kulit ayam dan mudah di tiup angin, disepak terajang oleh ayam-ayam sendiri. Cantik ketika berada di tubuh ayam, tapi saat tercabut bergelumang debu dan taik ayam.

Sudah dua lebih dekad diluluskan tapi hasilnya zero. Memanda menteri yang zuhud berkayuh basikal untuk solat jemaah sudah bertahun janji bakal letak jawatan jika tidak laksanakan hudud!

Tapi hasilnya apa? Beliau bertambah megah dengan kenderaan lebih mewah dari mantan terdahulu! Iyaa... Itulah nilaian zuhud bagi sang penguasa yang cuma berbekal ketayap di kepala.

Namun, apa sahaja yang berkait soal dunia, soal wang dan gaji, sebegitu pantas mereka luluskan tanpa siapa pun berani mengusik usul buat perbincangan atau olahan terutama ketika musim meleset akibat Covid19.

Betullah kata orang, jika duit dan burit, siapa pun tidak bakal menolak jika dihulur.

Ahh siyal!

Lihat sendiri bagaimana sudahnya DUN mereka. Bukan tujuan menghina dewan yang mulia, tapi sekadar membekalkan suntikan kesedaran kepada kita bahawa jika ada kepimpinan yang naik hanya bertujuan politik, begitulah selalunya berlaku.

Mereka boleh menyamar menjadi alim, tapi nun jauh di sudut hati, soal dunia dan kantung sendiri paling diutamakan. Memang mereka tidak maling, tapi mereka menggunakan kedudukan dan pemujukan jiwa buat rakyat merestui perbuatan maling mereka.

Jadi apa beza pembesar dengan maling?

Benarlah sabda Nabi S.A.W. bahawa di hujung akhir zaman akan datang pemimpin di kalangan kita berresam mereka dengan resam PENYAMUN!

Sekadar ingatan buat kita di fajar yang dingin ini. Sekian....

Salam sayang

Abg Baim Description: 😎