BOB KELANANG
1. Tuan Guru Mursyidul Am sokong DS Anwar dalam isu 16 September
tetapi Haji Hadi tidak setuju, berlaku perbalahan antara Tuan Guru Mursyidul Am
dengan Haji Hadi, mengapa Haji Hadi tidak wala' kepada Tuan Guru Mursyidul Am?.
Surat terbuka Tuan Guru Mursyidul Am kepada Harakah yang menyokong 16 September
tidak disiarkan oleh Harakah, arahan daripada Siapa? Haji Hadi atau Mustafa
Ali?
2. Haji Hadi hendak PAS Perak bentuk kerajaan dengan UMNO di
Perak selepas PRU-12 tahun 2008.
3. Haji Hadi adakan rundingan dengan Pak Lah untuk bentuk
kerajaan UG.
4. Isu PM, dalam mesyuarat PR, PAS setuju DS Anwar jadi PM
tetapi dalam mesyuarat PAS Pusat Mac 2013 tolak DS Anwar jadi PM dan hantar
wakil memujuk Kuli untuk jadi PM.
5. Bertembung di DUN Kota Damansara dan tiga dun di Terengganu
PRU-13 (dalam mesyuarat PR telah dipersetujui PKR bertanding, tetapi hari
penamaan calon Haji Hadi bagi watikah khas kepada calon PAS)
6. Haji Hadi gagal selesaikan masalah PAS Kedah sehingga PAS
tumbang di Kedah dalam PRU-13 walau pun telah ada usul daripada dewan ulamak
PAS Kedah supaya tukar MB sebelum PRU-13.
7. Isu MB Selangor dalam mesyuarat 17 Ogos sudah setuju Wan
Azizah dan Azmin sebagai calon MB dan telah bersetuju tidak menuntut MB
Selangor, tetapi selepas itu Haji Hadi hendak PAS jadi MB Selangor. Dr. M kata
BN tidak pernah hantar nama lebih daripada seorang samada calon MB atau PM
sewaktu zamannya dan kaedah itu kekal hingga sekarang. Apa yang Haji Hadi
hendak di Selangor? (Haji Hadi hantar tiga nama yang tiga-tiga itu adun PAS, tetapi
dalam ucapan penggulungan cakap PAS tak kemaruk nak jadi MB Selangor, cakap
lain dan tindakan lain)
8. Dalam mesyuarat PR, PAS hendak kekal dalam PR dan dalam
muktamar PAS juga telah dipersetujui perkukuhkan PR, tetapi dalam mesyuarat JK
PAS Pusat 25 Ogos Haji Hadi hendak bersama UMNO (rujuk mesyuarat 25 Ogos14).
9. Mesyuarat Majlis Syuro Ulamak selepas 25 Ogos tidak cukup
korum dan notis jemputan mesyuarat juga tidak cukup 14 hari, Haji Hadi bercakap
mengenai perlembagaan PAS tetapi Haji Hadi sendiri pijak Perlembagaan PAS.
10. Haji Hadi tak bersetuju dengan cadangan supaya YB Dr Syed
Azman dipilih sebagai MB Terengganu ketika krisis MB di Terengganu (seolah-olah
Haji Hadi mahu umno/BN kekal memerintah Terengganu).
11. Pilihanraya semula di Perak selepas rampasan kuasa oleh
umnoBN tidak dipersetujui oleh Haji Hadi dengan alasan takut DAP akan jadi MB
(nampak sangat fikrah Haji Hadi dah sama dengan fikrah UMNO).
12. Malam PRK Parlimen Bukit Gantang 2009 dalam mesyuarat Lajnah
politik PAS Pusat di Markaz Tarbiyah PAS Perak Air Kuning,Taiping Haji Hadi
membangkitkan bahawa Najib Tun Razak ada hubunginya membincangkan kerajaan
perpaduan, tetapi Almarhum Tuan Guru Harun Taib telah membantah usul tersebut
dan mohon presiden fokus kepada PRK Bukit Gantang.
13. Berita Awani 13.2.2015 perbualan melalui telefon dengan
Nasharudin Mat Isa, Nasharudin mengesahkan telah ada perbincangan mengenai
kerajaan perpaduan dengan umno oleh Majlis Syuro PAS Pusat sejak 2008 lagi,
tetapi tanpa pengetahuan Tuan Guru Nik Aziz.
14. Sebelum PRU-13 telah dibuat perjanjian bertulis
ditandatangani oleh Haji Hadi selaku presiden PAS dan Ustaz Azizan Razak, Ustaz
Azizan tidak akan dicalunkan bertanding PRU-13, tetapi Haji Hadi langgar
perjanjian yang dia sendiri ada tandatangan.
15. Haji Hadi sokong persempadanan kawasan pilihanraya yang akan
memberikan kemenangan kepada umnoBN.
16. Pendaftaran PR gagal kerana Haji Hadi seolah-olah tidak mahu
PR didaftarkan.
17. Haji Hadi arahkan Mat Yaakub angkat sumpah jadi MB Kelantan
walau pun Tuan Guru Nik Aziz belum buat apa2 keputusan (angkat sumpah pun
secara tergesa-gesa).
18. Sahabat dari Kedah bekas adun bagi tahu teman Almarhom Ustaz
Yahya Othman (ketika hidup) bertanya kepada sahabat teman tu "apa dah jadi
kepada Haji Hadi dan Mustafa Ali", arwah dah meninggal dunia agak lama
juga, maknanya dah lama Haji Hadi dan Mustafa Ali meragam.
19. Haji Hadi dijanjikan oleh UMNO akan tambahkan
kerusi parlimen di kawasan PAS boleh menang di negeri Kelantan dan Terengganu,
sebab itu Haji Hadi sokong persempadanan kawasan pilihanraya, tetapi Haji Hadi
tak nampak bahawa dalam masa sama UMNO akan tambahkan kerusi parlimen di
negeri2 yang umnoBN boleh menang dengan tambahan kerusi berkali ganda dari apa
yang dijanjikan kepada Haji Hadi dengan itu umnoBN akan kekal berkuasa hingga
kiamat.
20. PRU13 DUN Damak, Pahang, Haji Hadi secara terbuka sokong
calon bebas Cikgu Kah Boon Heng sedangkan PR meletakkan calon PKR Jamaluddin
Abdul Rahim.
21. Dalam mesyuarat setuju bantu PKR di Permatang Pauh, luar
mesyuarat setuju PAS kawasan Permatang Pauh boikot PRK. Mengapa tiada tindakan
kepada PAS kawasan Permatang Pauh yang tidak wala'?
22. Tahun 1982 popularkan ungkapan `marakbar'(mampus) ditujukan
kepada Dato Asri, 2014 popular dengan kalimah `barua dan broker' ditujukan
kepada adun PAS yang berpegang dengan keputusan mesyuarat 17.8.14, tahun 2015
popular dengan kalimah `tolol' ditujukan kepada ahli PAS juga...
Di atas itu adalah #fakta...