Menerima kunjungan hormat TYT Ary
Norton De Murat Quintella, Duta Besar Brazil ke Malaysia hari ini.
Kami membincangkan pelbagai perkara terkait hubungan Malaysia
dan Brazil.
Kami juga sempat bertukar idea dan pandangan mengenai beberapa
perihal melibatkan kedua-dua negara.
Saya terima tali leher ini sebagai pemberian daripada
Pesuruhjaya Tinggi Australia Andrew Goledzinowski semalam.
Corak di tali leher ini yang direka oleh artis Orang Asal
Australia Maureen Hudson Nampajimpa menceritakan asal usul tempat kelahiran
mereka, dan upacara purba yang menjadi tradisi berkurun lamanya.
Saya ucap terima kasih kepada Andrew atas pemberian yang cukup
bermakna ini.