Bila ada sesiapa yang tolerate dan bukannya endorse pemikiran yang dikira asing dari Islam terus dilabel orang itu liberal dan sesat, bila seseorang keluar dari group mereka terus dilabel dengan pelbagai label yang nafsu mereka suka seolah mereka semua kebal dari dosa!
Satu kisah lucu berlaku ke atas saya dan keluarga. Puak suci menuduh saya berfahaman Syiah bila mereka lihat di rumah saya ada koleksi kitab tafsir al-Mizan karangan ulama Iran.
Maka mereka terus jatuh hukum… sedangkan di rumah, saya juga memiliki koleksi kitab tafsir para ulama Saudi dan hatta saya ada serta baca buku-buku tokoh Komunis, Athiest, Kristian, Hindu, Buddha, Liberalist, Yahudi, Feminist dll.
Saya perlu membaca untuk mengetahui kerana saya, secara relatif banyak “engage” dengan pelbagai jenis manusia.
Yang lebih lucu puak suci hukum saya dan keluarga saya Syiah hanya kerana lihat anak saya solat tak pakai sejadah kat rumah..mereka lihat anak saya bersujud atas lantai bersimin (batu) ..so anak saya Syiah lah menurut teori suci mereka!
Maaf samdol, depa tu bukan Syiah lah tapi depa malas pakai sejadah !!!
Saya terfikir jika para ilmuan Islam dahulu pun berfikiran sempit macam puak suci tu, apalah akan jadi?