Pendedahan dibuat Ezam Mohamad Noor mengisahkan tentang
kebencian OT95 kepada Anwar Ibrahim tepat dan munasabah bukan hal yang direkayasa.
Menurut Ezam OT95 tidak senang dengan sikap tegas Anwar dan
benci dengan rasuah semasa menjadi Menteri Kewangan apabila tidak layan
kehendak anak OT95 agar menyelamatkan syarikat anak-anaknya yang bermasalah.
Menurut Ezam beliau mengetahui hal itu dari dekat kerana ketika
itu beliau adalah Setiausaha Politik Anwar di Kementerian Kewangan.
OT95 dalam kenyataan kebenciannya kepada Anwar terbaru
mengatakan Anwar tidak layak jadi perdana menteri kerana gagal menguruskan
kewangan semasa krisis kewangan tahun 1987 lampau. OT95 tidak pun menyebut
"kegagalan" itu apabila Anwar tidak bersedia bailout beberapa
syarikat milik anak-anaknya yang bermasalah.
Dengan pendedahan Ezam itu ia semakin jelas dan memberi
kefahaman kepada umum kenapa OT95 berdendam dan takut dengan Anwar. Ia bukan
kerana kelemahan Anwar dalam soal pengurusan kewangan tetapi kerana tidak akur
dengan kehendaknya menyelamatkan kroni dan Anwar sangat obses kepada soal
integriti tanpa mengira siapa.
Sikap buruk, busuk, huduh, cis OT95 ini terbukti apabila dia
juga membenci dan mendendami Abdullah Badawi dan Najib Razak apabila dia mantan
PM enggan mengikut telunjuk dan memenuhi kemahuannya. Kalau Muhyiddin sedia
menjadi lembu bodoh kepadanya mungkin Muhyiddin selamat.
Jangan lupa banyak lagi sikap dan perangai buruk OT95
diungkapkan dalam buku terbaru yang akan siap terbit minggu depan. Kena baca
politik Bipolar OT95. Trims.