Dari FB Wall MSO...
APA CERITA MAHFUZ DAN HUSAM?
Tidaklah saya faham kenapa Mahfuz Omar sampai menjawab dakwaan
Husam Musa mengatakan OT95 yang didakwa awal-awal lagi sudah merancang untuk
menjatuhkan kerajaan PH. Alasan diberikan Husam antaranya kerana OT95 tidak
mengisi segera kekosongan 16 Senator yang kemudian dengan mudah dipenuhi oleh
Muhyiddin Yassin apabila dia mengambil alih.
Nampaknya Mahfuz terasa dengan dakwaah Husam itu, kenapa? Apakah
kerana OT95 berbudi kepadanya kerena tidak disangka-sangka dilantik menjadi
timbalan menteri, dan budi itu harus dikenang walaupun ia sudah terburai? Kalau
itulah sebabnya di sini, menunjukkan budi jawatan telah membelakangkan
setiakawan dalam perjuangan. Satu sikap tidak tepat mengutamakan orang luar
sampai berselehing sesama sendiri.
Bagi Husam beliau ada hak untuk mengatakan demikian atas
perspektif dan analisa politiknya. Peliknya kenapa pula Mahfuz tampil menjadi
orang Pejuang membela OT95? Apakah beliau pernah sarung baju Pejuang?
Keadaan ini sedikit memelekan. Sepatutnya mereka berdua saling
berfikir dan berpakat macam mana untuk kembalikan mandat rakyat. Kunci utamanya
menguatkan parti “rumput gelang sambal” itu, agar tidak kelayuan di tengah
jalan.
Segala kehebatan dan baik budi OT95 sudah wajar dilupakan
apabila beliau gagal mempertahankan kerajaan PH. Tidak siapa dapat menafikan
punca kenapa kerajaan PH tumbang selain daripada pengkhianatan dalaman
parti-parti PKR dan Bersatu, punca utamanya terletak kepada OT95. OT95 lah
penebuk kerajaan PH.
Cuba beliau ikhlas dan jujur mematuhi konsensus PH, semua
kecelakaan itu tidak berlaku. Pintu rumah PH tidak terkopek dan lantainya tidak
berlubang.
Berbalik kepada perihal Mahfuz dengan Husam itu, dalam kes ini
Mahfuz seperti membeli barang yang tidak dijual tetapi teringin kerana semacam
dia berduit?
Kata Mahfuz kenyataan atau dakwaan Husam itu bersifat peribadi,
maka apa pula hak beliau untuk mempertikaikan dakwaan Husam itu. Husam mendakwa
OT95 itu tidak pun memakai nama Amanah. Trims.