ADA PEMIMPIN UMNO MEMBERI SOKONGAN BUAT ANWAR SEBAGAI PM.

 

Revealed: Najib, Zahid jointly wrote to palace in support of Anwar –  Malaysia TodayWARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: Here Are The List of Zahid & Najib 19 UMNO  MPs Supporting Anwar To Be PM 9 To Form The Next Federal Government


Amiruddin Ahmad


Salah seorang pemimpin MPT Umno dikatakan bergerak melobi untuk ahli Parlimen Umno agar menyokong Anwar Ibrahim bagi menduduki kerusi no satau Negara melalui undian tidak yakin terhadap belanjawan dan menjatuhkan kerajaan PN.

Dikatakan pertemuan yang berlaku di beberapa tempat sekitar Kuala Lumpur itu mendesak agar MP Umno memberikan sokongan kepada Anwar . 

Namun apabila melihat desakan dan naratif yang sama yang dikatakan senada antara Najib Razak dan Anwar, berhubung belanjawan 2021 , ramai menganggarkan bahawa Zahid dan Najib yang dikatakan menghantar surat sokongan kepada YTP Agong , yang menyokong  Anwar menghadapi bantahan dari MP Umno yang tidak berpuas hati.

Ramai juga menganggap bahawa sokongan kepada Anwar untuk melepas diri, kerana jika masih berda dibawah Muhyiddin sudah tentu Najib dan Zahid akan menghadapi realiti dan ancaman di penjarakan jika sabit kekalahan dalam mahkamah. Anwar dikatakan akan menyelamatkan mereka , namun Anwar sendiri menafikan nya kerana berpegang kepada prinsip Keadilan dan kesalahan hanya akan di buktikan dimahkamah jika perbicaraan adil yang di laksanakan.

Namun apa yang sedang diusahakan individu berkenaan masih belum dipastikan sejauh mana ianya berhasil. Alasan utama pemimpin Umno terutamanaya Najib yang menjadi pengerusi BNBCC dimana ianya mewakili ahli MP Umno yang tidak berjawatan dalam kabinet ialah menyokong 10 % pengeluaran KWSP dan moratorium automatik selama 6 bulan. Ancaman ini menakutkan kerajaaan PN yang dikatakan berada seperti telur dihujung tanduk sebelum rebah pada 26 Novenber ini.Malah Mat Maslan dalam tweeternya hari ini pula menjelaskan bahawa jika kerajaan PN mahu kekal, maka terima dulu syarat yang dikemukakan mereka.




Keadaan ekonomi yang teruk dibawah PN menjadikan rakyat semakin marah dan seolah olah kerajaan yang mempunyai ahli kabinet yang paling tinggi dalam sejarah negara ini, tidak berfungsi dan makan gaji buta.

Oleh itu desakan dan sokongan agar Anwar dilantik sebagai PM agar segala kemerosotan ini dapat diselesaikan kerana Anwar mempunyai pengaruh bukan sahaja di Dunia Arab, namun juga di Eropah. Anwar ada jalan penyelesaiannya.Cuma setan setan kecil yang mengganggu dan takut kepada beliau yang tegas menentang rasuah dan kezaliman.