Jamzuri Ardani
Sekurang-kurangnya dua perkara penting yang Tun M tidak sebut dalam tulisan beliau baru-baru ini.
1. PH tidak menamakan beliau sebagai PM kerana beliau mahu menjadi PM tanpa parti. Ini tidak dapat diterima oleh PH. Sekiranya beliau secara jelas menyebut akan meneruskan kerajaan PH, saya percaya semua MP PH akan menyokong beliau.
2. Pimpinan PH termasuk DSAI ada menjemput Tun M untuk hadir bersama dalam mesyuarat terakhir sebelum PH membuat keputusan menamakan DSAI sebagai calon PM. Tetapi Tun M menolak untuk hadir mesyuarat tersebut.
Saya menulis dua perkara ini bukan untuk memburukkan atau menimbulkan kebencian kepada sesiapa, tetapi sekadar menyatakan fakta yang benar.
Parti Amanah menyokong DSAI sebagai calon PM pada waktu itu dan saya fikir ia keputusan yang tepat walaupun tidak berjaya.
Adalah tidak benar untuk mengatakan pencalonan DSAI tersebut adalah disebabkan PH telah menolak Tun M. Apatah lagi untuk menyalahkan DSAI sebagai punca kegagalan. Hakikatnya, Tun M sendiri yang enggan hadir dalam mesyuarat PH untuk membincangkan perkara tersebut walaupun telah dijemput.