Saya merujuk kenyataan YB Dato Mahfuz Omar, Naib Presiden Amanah
seperti disiarkan oleh portal berita online; Freemalaysiatoday
Terdapat kesilapan laporan oleh laman berita yang memetik
kenyataan saya pada Ahad lepas (2 November 2020) sehingga menimbulkan
kekeliruan berdasarkan komen YB Dato Mahfuz.
Dalam ucapan saya yang boleh dirujuk semula kepada klip
berkenaan dalam internet, saya nyatakan rasa pilu saya ketika memasuki
persidangan Dewan Negara selepas kejatuhan kerajaan PH kerana 16 senator yang
baru dilantik oleh Yab Ts Muhyidin sebagai Perdana Menteri adalah kuota yang
tidak di isi oleh YB Tun Dr Mahathir sebelumnya.
Pemimpin PH termasuk tokoh masyarakat dan veteran tentera lebih
layak dilantik mengisi kekosongan itu ketika PH masih berkuasa.
Disebabkan kuota sebanyak 16 kerusi itu tidak diisikan setelah
sebahagiannya telah kosong sekian lama, ia membolehkan Tan Sri Muhyidin
mengisikannya dengan mudah
Peluang PH telah berlalu. Se akan telah disengajakan
ditinggalkan kosong tidak diisi sejak pengisian pertama hampir dua tahun
sebelumnya.
Isu kekosongan ahli Senat ini telah acap kali di bangkitkan
dalam mesyuarat PH tetapi tidak ada penjelasan diberikan.
Kedudukan ini tidak sama dengan apa yang dipersoalkan oleh YB
Dato Mahfuz, se akan saya mempersoalkan kelambatan perlantikan saya sebagai
Senator
Saya berharap penjelasan ini boleh menghentikan kekeliruan
berbangkit.
Husam Musa
3 November 2020